Butterworth, 21 Julai 2023 - Bertempat di Teluk Air Tawar, telah berlangsung Kejohanan Silat Pra Remaja yang disertai seramai 100 orang pesilat dari pelbagai perguruan.
Program ini juga turut dihadiri Pn Inderawati Bt Mohamad Naser dari PBSD SPU pada 4 Jun 2023.
Butterworth, 21 Julai 2023 - Pada 17 Jun 2023 Dataran Pemuda, Butterworth, sedang berlangsung Latihan Olahraga PJC yang dilaksanakan oleh Jurulatih Sambilan MSN dimana pelajar diajar teknik- teknik larian yg betul .
Program ini dilaksanakan selama 6 bulan. Penyertaan adalah percuma pada setiap Hari Ahad jam 8.00 pagi. Program tersebut turut dihadiri Pn Inderawati BT Mohamad Naser dari PBSD SPU.
Kepala Batas, 21 Julai 2023 - Jom Kita bersenam , segarkan diri anda kembali aktif dengan Gaya Hidup Sihat bersama Coach Rafina Shake for Shape setiap Ahad jam 9 pagi di Sunshine.
21 Julai 2023 - Pada 13 Jun 2023 (Selasa) telah berlangsung Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023 bertempat di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini melibatkan penyertaan seramai 109 peserta daripada seluruh negeri. Terdapat beberapa acara sampingan yang akan diadakan seperti derma darah, pemeriksaan kesihatan, kuiz dan pameran.
Turut hadir menyertai program ini, Pn Nur Amalina Binti Zainon, Pn Halimahtun Binti Abdul Azid@Abdul Aziz, En Muhamad Azim Bin Zulkapli, Pn Munirah Binti Ramlee dan En Mohd Norazahari Bin Marsani@Ismail mewakili kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan.
Nibong Tebal, 20 Julai 2023 - Telah berlangsung kunjung hormat dari Pusat Khidmat Parlimen Nibong Tebal yang diketuai oleh En Thiyagaraj Sankaranarayanan, Pegawai Seranta pada 14 Jun 2023 yang lalu.
Tujuan kunjungan hormat dibuat bagi membincangkan Program Relay Nibong Tebal yang bakal dianjurkan bersama nanti.
Simpang Ampat, 21 Julai 2023 - Telah berlangsung kunjung hormat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan ke SMK Tasek pada 20 Jun 2023 yang lalu.
Kunjung hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan program PBSD SPS iaitu Program Intervesi Sosial Belia (Youth to Youth) 2023 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan yang akan dilaksanakan bersama-sama SMK Tasek nnt.
Georgetown, 21 Julai 2023 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan atas pengiktirafan star rating oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ROY Malaysia bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 15 Julai 2023 (Sabtu).
Penyerahan Sijil Penarafan 4 ⭐️⭐️⭐️⭐️ kepada Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan disampaikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Nibong Tebal, 6 Jun 2023 - Selesai sudah Program Aktif @ Sukan Tradisional Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Jawi pada 3 Jun 2023. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah pertandingan Silambam, Catur Cina, Sepak Raga Bulatan, Tating Lawi, senamrobik dan Congkak.
Majlis perasmian program telah dirasmikan oleh YB. Puan Fadhlina binti Sidek, Ahli Parlimen Nibong Tebal. Majlis perasmian juga turut dihadiri oleh tetamu jemputan yang lain seperti Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Presiden Majlis Silambam Porr Kalai Malaysia, Presiden Persatuan Warisan Sukan Tradisional Negeri Pulau Pinang serta Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Seberang Perai Selatan.
Kehadiran peserta berbilang kaum seramai 230 orang juga turut memeriahkan program pada kali ini.
Bukit Mertajam, 21 Julai 2023 - Lawatan tapak lokasi utk program Liga Sukan Komuniti Daerah SPT di Kolej Vokasional Seberang Perai dan Jesseball Sports Centre. Nantikan semua warga SPT..???
Liga Sukan Komuniti Daerah SPT⚽️⚽️⚽️
Ikuti informasi berkaitan program belia, sukan dan rakan muda bersama kami di semua platform, FB, Instagram, dan Twitter.