Balik Pulau, 9 Oktober 2023 - Taklimat dan Lawatan Tapak Kerja-kerja Menaik Taraf Bumbung Gelanggang Futsal MPKK Titi Teras dan Grand Stand Berbumbung di Titi Teras, Balik Pulau.
- JBS Penang
- Hits: 186
Balik Pulau, 9 Oktober 2023 - Taklimat dan Lawatan Tapak Kerja-kerja Menaik Taraf Bumbung Gelanggang Futsal MPKK Titi Teras dan Grand Stand Berbumbung di Titi Teras, Balik Pulau.
GELUGOR, 9 Oktober 2023 - Pada 8 Oktober 2023 telah meningkatkan kesedaran dan peduli masyarakat tentang kebersihan sekeliling masih di tahap yang membimbangkan. Apa pon syabas dan tahniah kepada anak- anak rakan muda Gelugor yang dipimpin oleh KRT Taman Tun Sardon atas penglibatan semua turut serta turun padang mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan gelanggang sepaktakraw di kawasan kediaman mereka.
Sikap perihatin dan peka terhadap masalah tersebut perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat .
Program MOBILISASI SATRIA Siri -4 Peringkat Daerah Timur Laut 2023 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dengan KRT Taman Tun Sardon selesai dilaksanakan tadi.
#RakanMuda
#RakanPrihatin
Balik Pulau, 9 Oktober 2023- Pada 8 Oktober 2023, Jalan Bharu. Sedang berlangsung Pertandingan Karom siri 1 bagi Program 1000 Liga Daerah Barat Daya.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti dan peminat sukan karom di daerah Barat Daya.
Program ini bermula jam 9.30 pagi dan dijangka berlangsung sehingga malam ini.
Balik Pulau, 9 Oktober 2023 - Pada 7 Oktober 2023, Bayan Baru. Kelab Sukan Boules Balik Pulau telah menganjurkan Pertandingan Boling Ambang Hari Sukan Negara sebagai program promosi (Road to HSN2023) tahun ini.
Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 3 petang di Aspiration Centre Baya Baru sehingga jam 7.30 malam.
Penyertaan program ini sangat menggalakkan dan membuktikan sukan boling sememangnya mempunyai peminat yang ramai.
Penyampaian hadiah kepada pemenang telah dilaksanakan oleh Encik Mozakir selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Penyertaan kali ini juga dianggap istimewa kerana menerima penyertaan dari golongan OKU.
Program seperti ini membuktikan sukan merupakan medium penyatuan dan aktiviti kekeluargaan yang baik.
Sungai Nibong , 8 Oktober 2023- Badminton bagi Program 1000 Liga Peringkat Daerah TimurLaut telah dilaksanakan pada 8 Oktober 2023 bertempat di Dewan Badminton Tapak Pesta
Program dengan kerjasama Kelab Badminton Pesta ini melibatkan 100 peserta (L & W).
Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh En. Mohd. Ridzwan B. Yahaya , Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah TimurLaut
#TeamKBS
#JBSNPP
#pbsdtl
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
TASEK GELUGOR, 9 Oktober 2023 - Pada 8 Oktober 2023- Badminton bagi Program 1000 Liga Peringkat Daerah Seberang Perai Utara telah dilaksanakan pada 7 Oktober 2023 bertempat di Dewan Badminton PAKSY.
Program dengan kerjasama PESSCA Seberang Perai Utara ini melibatkan 102 peserta.
Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Puan Natrah binti Esa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara.
#TeamKBS
#JBSNPP
#PBSDSPU
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#beliadansukanspu
Bukit Mertajam, 9 Oktober 2023 - Pada 7 Oktober 2023, telah berlangsung Kejohanan Ping Pong 1000 Liga Peringkat Daerah SPT bertempat di Dewan As Isyak, Guar Perahu.
Seramai 80 orang peserta yang mendaftar dan bersedia untuk berentap dalam kejohanan ini.
Program telah diadakan dengan kerjasama Kelab Ping Pong Guar Perahu.
#JBSNBersama
#1000liga
#pbsdspt
#jbspenang
Balik Pulau, 9 Oktober 2023 - Pada 5 Oktober 2023, Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksana Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Barat Daya 2023 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah & Tanah Barat Daya, Pulau Pinang.
Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Encik Rosli bin Hassan mewakili Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya.
Sambutan peringkat Daerah Barat Daya kali ini akan berlangsung di SMK Batu Maung.
Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya funwalk/run 5km, senamrobik perdana, mari mencuba (sukan petanque, golf, memanah, dart dan esport).
Sebagai memeriahkan acara pada tahun ini komuniti setempat bolehlah menyertai Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Barat Daya pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) yang akan berlangsung di SMK Batu Maung.
Pulau Tikus, 9 Oktober 2023 - Pada 6 Oktober 2023 telah berlangsung Kelas Renang di bawah program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) telah berlangsung di RNJ swimming Academy, Pulau Tikus.
Program ini dianjurkan untuk memberi latihan asas sukan berenang kepada para peserta.
Statistik menunjukkan tragedi lemas semakin meningkat disebabkan masih ramai yang tidak menguasai kemahiran berenang.
Dengan kesedaran ini KBS mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus asas renang di seluruh negara melibatkan kanak-kanak terutamanya.
Ibu bapa melahirkan rasa gembira kerana anak mereka diberi peluang mengikuti program seperti ini dan sepenuhnya dibiayai oleh KBS.
Semoga kursus seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.
Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40