20 Julai i2023 - Pada 24 Jun 2023 (Sabtu) telah selesai sudah Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek kali ke 17 pada tahun 2023 bertempat di Padang SMK Tasek.
Majlis dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan, En. Abd Hamid Bin Hj Mohd Yassin.
Georgetown, 18 Julai 2023 - Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) berbesar hati menganjurkan satu pertandingan e-sukan yang menggegarkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 15 Julai 2023! Jutaan terima kasih kepada JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG atas jemputan untuk menjadi penganjur dan pengelola Cabaran E-Sports Belia 2023.
Cabaran E-Sports Belia 2023 merupakan program di bawah inisiatif Rakan Muda Kategori Rakan Digital yang menyasarkan gaya hidup golongan belia yang mahir dalam bidang digital termasuk e-sukan.
Sebanyak 18 pasukan yang melibatkan lebih 80 peserta bertempur dalam PUBG Mobile sementara 64 individu menunjukkan bakat masing-masing dalam permainan FIFA23 dan seramai 32 individu bertempur dalam permainan Tekken 7 untuk membawa pulang hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM2000.00 dan juga trofi untuk juara!
Senarai pemenang Cabaran E-Sports Belia 2023 adalah seperti berikut:
PUBG: ? YSX ESPORT ? TEAM MIJ ? AYAQ MANEH
FIFA23: ? MOHAMAD FAHMI IKHWAN BIN MOHD FAISAL ? MOHAMAD AMIR FIRDAUS BIN AHMAD FAISAL ? IRFAN HAIKAL BIN SUHIMI
TEKKEN7: ? ABDUL RAHIM BIN ABDUL SHUKOR ? AMMIRUL ASYRAF BIN HELMI ? MOHAMMAD DANIAL AIMRAN
Tahniah diucapkan kepada para pemenang! PYDC akan terus memberi komitmen untuk pembangunan belia, termasuk dalam bidang e-sukan! Belia Untuk Masa Depan! ????
Georgetown, 18 Julai 2023 - Pada 15 Julai 2023 telah berlangsung Jelajah Rakan Muda Kini Singgah di Pulau Pinang! ?⚡️
Sejak dilancarkan pada 25 jun lepas oleh YAB Perdana Menteri, JBSN telah merangka macam-macam aktiviti Rakan Muda di seluruh negara ??
Antaranya Jelajah Rakan Muda dengan pengisian yang menarik dan segar menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda ?
Bagi edisi Pulau Pinang, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan singgah ke Padang Kota Lama, George Town bagi meninjau program dan aktiviti yang diadakan antaranya
✅ Pameran Hobi ✅ Persembahan Muzik ✅ Demo Menggunting Rambut ✅ Pertandingan Bola Jaring dan Bola Sepak 3X3 ✅ Cabaran Cross Fit ✅ Auto & Music Show ✅ Dan banyak lagi ?
Tinjauan turut disertai Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN, Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir ☺️
Georgetown,, 18 Julai 2023 - Terbaik Penang, Memang Sempoi! ?⚡
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 bertempat di Padang Kota Lama, George Town pada 15 Julai 2023?
Bertemakan “Ini Masa Kita”, penganjuran sambutan adalah bagi menghargai dan mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia termasuklah di Pulau Pinang ??
Penganjuran sambutan HBN hari ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 serta beberapa aktiviti mesra belia seperti sukan dan rekreasi, persembahan pentas, pameran dan jualan usahawan belia dan banyak lagi ?
Sambutan turut dihadiri Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, dan Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) JBSN, Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir ☺️
Gelugor, 18 Julai 2023 - Program Sport Stacking Challenge Zon Utara telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Julai 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.. Program yang menggabungkan peserta - peserta berbilang kaum seramai 150 orang dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang turut menarik minat mereka dalam sukan baharu iaitu sukan stacking. Majlis penutup turut dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu En. Mohd Nizam bin Daud,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En Shahrizal bin Ismail, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Pengerusi Persatuan Sukan Stacking Malaysia.
Putrajaya, 14 Julai 2023 - ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2022
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua penerima APC Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan.
1. En. Mohammad Iswadi bin Aljuhari 2. En. Kamarul Aiman bin Halim 3. En. Mohamed Mahathir bin Yahya 4. Pn. Norhashimah binti Hashim 5. En. Ridhuan Tai bin Abdullah
Bayan Lepas, 26 Jun 2023 - “BIG SCREEN” pada 22 Jun 2023
?Uptown Queensbay R.S.M
MALAYSIA VS PAPUA NEW GUINEA
“SALAM 10-0”
Macam biasa,orang Penang Punya Penyokong Harimau Malaya tak pernah Tak Padu lah orang kata..Sentiasa padu-padu,terbaik,debommm, baru Anak Antoo Penang orang panggil..Steadyyy Orang Penang????
Bayan Lepas, 20 Jun 2023 - ??? ???! Bertempat di Dewan Balai Raya Sungai Ara telah berlangsung Program Fit Community Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi siri ke 10 pada 16 Jun 2023.
Program kali ini membawakan anda aktiviti Senamrobik dan berjalan kaki. Program ini memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan. Program ini juga bagi menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Program adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Senamrobik Lestari dan AADK Barat Daya. Seramai 50 orang telah menyertai siri terakhir Jom Fit Peringkat Negeri Pulau Pinang untuk Tahun 2023.
Bayan Lepas, 15 Jun 2023 - ? Kemeriahan penyokong-penyokong Harimau Malaya ? di Pulau Pinang Sempena Tayangan “BigScreen” Malaysia Vs Kepulauan Solomon yang diadakan di Foodies Court Batu Maung , Jabatan Kedua Pulau Pinang.Orang-orang Penang pada 14 Jun 2023 memang sempoiii????????..