- JBS Penang
- Hits: 162
Kursus Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Tahap Asas Peringkat Negeri Pulau Pinang
Gelugor, 30 Ogos 2023 - Tamat sudah Kursus Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Tahap Asas Peringkat Negeri Pulau Pinang. Jabatan Belia Dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan program tersebut selama 4 hari 3 malam iaitu mulai 27 hingga 30 Ogos 2023. Program ini bertujuan mempersiapkan diri belia yang berminat menyertai Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA)
Program disertai seramai 35 orang belia yang berumur 15 hingga 30 tahun mewakili seluruh Daerah di Negeri Pulau Pinang.
Antara penceramah yg turut berkongsi ilmu Kesukarelawanan termasuk Pegawai Unit Pembangunan Sukarelawan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Encik Mohammad Shukeri Bin Drahman, dari Cik Siti Natrah dari Yayasan Salam Zon Utara, Dr Azieqa dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Tuan Fauzie Bin Ismail dari NADMA, Encik Syafri dari Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Encik Safik dari IKTBN Pekan, Pahang, icon Sukarelawan Saudara Hazrul Hafizi Bin Abd Halim, Presiden MAAGA dan Encik Rizal Bin Mad Zain dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Encik Muzakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih yang tidak terhingga kerana penglibatan rakan strategik seperti SMK Sri Muda, SMK Batu Maung, Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi dan Kelab Rakan Muda Nibong Tebal.
#jbspenang
#jbsnegara
#teamkbs
#rakanmuda
#kbsMalaysia
JBSNegara
- JBS Penang
- Hits: 162
