Georgetown, 21 Ogos 2023 - bertarikh pada 16 Ogos 2023, Bersempena dengan bulan kemerdekaan, aktiviti pemasangan dan kibaran Bendera Malaysia telah dilaksanakan melalui PROGRAM MOBILISASI SATRIA (SIRI 1) PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 2023.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Timur Laut ini disertai seramai 45 orang sukarelawan dan turut sama dimeriahkan oleh pihak pengurusan sekolah yang bersama -sama turut serta menjayakan aktiviti tersebut. Program dilaksanakan di SMK Hutchings, Georgetown Penang.
Semoga dengan aktiviti sebegini dapat memupuk semangat kerjasama sesama sukarelawan dan menyemarakkan lagi semangat menghayati erti kemerdekaan.
Rakan Muda Yakin Boleh !
- JBS Penang
- Hits: 169
