- JBS Penang
- Hits: 114
Projek MySavefood@Bazar Hari Ke-3
Terima kasih kepada penyumbang dan skuad SATRIA Barat Daya di dalam memastikan kelancaran projek ini.
- JBS Penang
- Hits: 114







Batu Uban, 17 Mac 2023 - Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dihadapan Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Pulau Pinang disaksikan oleh Puan Geetha Ayaoo, Penguasa Kanan SPRM Negeri Pulau Pinang dan Encik Mazlan Bin Haja Maidin, Penolong Penguasa SPRM Negeri Pulau Pinang bertempat di Aras 2, Bilik Gerakan, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.
Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh para kepimpinan dan warganya dalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah ini juga, turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata, tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya di kalangan warga yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Pelaksanaan IBR
Signifikan Perlaksanaan IBR





Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42