21 Julai 2023 (Jumaat) - Program Pertandingan Pidato Dan Story Telling daripada adik-adik tadika KEMAS Parlimen Nibong Tebal bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Rakan Muda Jawi pada 21/7/2023 yang melibatkan 30 orang peserta. Turut hadir dalam program tersebut Penyelia Kemas Daerah SPS.
Sungai Jawi, 27 Julai 2023 - Kursus Trim & Fit Pejabat Kesihatan Daerah SPS telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Jawi pada 20 Julai 2023 yang melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada PKD SPS.
Batu Kawan, 27 Julai 2023 - Pada 25 Julai 2023 (Selasa) satu lawatan Tapak Program Plogging@Community Peringkat Daerah SPS telah dilaksanakan di Bukit Batu Kawan yang dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan SPS
Bukit Mertajam, 25 Julai 2023 - Lawatan tapak bagi Program Liga Sukan Komuniti( Bola Sepak ) Daerah Seberang Perai Tengah di Dewan Perkampungan Juru, Bukit mertajam
Nantikan Liga Sukan Komuniti peringkat Daerah SPT ... Jom sertai .. follow FB, insta, n twiter @pbsdspt untuk maklumat lanjut program.
Bukit Mertajam, 25 Julai 2023 - Bengkel Pendedahan Teknik dan Peraturan Sukan Olahraga Pendidikan Khas anjuran PPKI SMK Machang Bubuk dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan pada 25 Julai 2023, bertempat di Dewan Al-Falahvdan Padang SMK Machang Bubuk, bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPT telah dijemput ke Majlis Perasmian Penutup program mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Majlis telah dirasmikan oleh Pn Akilah Razinah Binti Abdullah, Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah SPT. Turut bersama dalam majlis tersebut, Tn Haji Anuar Bin Rahim, Pengetua SMK Machang Bubuk, Pn Sa'adiah Binti Md Salleh, Pen. Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT, Pn Siti Safura Binti Noorsah , Pegawai Unit Pembangunan OKU , JBSN PP dan Wakil PESRON Negeri Pulau Pinang
Butterworth, 25 Julai 2023: Satu perbincangan berkaitan dengan Anugerah Remaja Perdana (ARP) dengan cikgu farzana dari Maktab Wanjah berkaitan aktiviti yg akan dilaksanakan pada 23Ogos 2023. Pejabat Belia Sukan Daerah diwakili oleh Encik Mat Saad Bin Karim Pegawai Rakan Muda Daerah.
Bukit Mertajam, 24 Julai 2023 - Persidangan Agong Tahunan Majlis Belia Daerah SPT Tahun 2022 telah diadakan pada 22 Julai 2023, bertempat di SMK Permatang Pasir. Majlis telah dirasmikan oleh En Mohamed Farid Bin Razali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT.
Tahniah kepada MIYC Alma, ahli gabungan MBDSPT ??????
Pinang Tunggal, 24 Julai - Lawatan pemantauan tapak projek Kepala Batas Youth Centre oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, Encik Amir Hamzah Bin Awang Ghazali telah diadakan hari ini.
Lawatan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang Encik Mohammad Iswadi Bin Aljuhari dan beberapa orang pegawai daripada Kementerian Belia Dan Sukan serta Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
PENAGA, 24 Julai 2023 - Program Jelajah Genta Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang selesai dilaksanakan bertempat di Kampung Agong, Penaga dan merupakan salah satu lokasi di antara 43 lokasi terpilih di seluruh negara.
Pengisian program meliputi aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat seperti peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan.
Timbalan Pengarah Belia JBS Pinang Pinang, Encik Mohammad Iswadi Bin Aljuhari turut hadir menyerikan program.
https://vt.tiktok.com/ZSLu85XFg/ selesai dilaksanakan pada 22 Julai 2023 bertempat di Kampung Agong, Penaga dan merupakan salah satu lokasi di antara 43 lokasi terpilih di seluruh negara.
Pengisian program meliputi aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat seperti peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan.
Timbalan Pengarah Belia JBS Pinang Pinang, Encik Mohammad Iswadi Bin Aljuhari turut hadir menyerikan program.