BALIK PULAU, 9 Oktober 2022- Warga Balik Pulau memanfaatkan cuti panjang pada minggu ini dengan aktiviti kesukanan.
Jika semalam (Sabtu) dijalankan program ikonik tahunan iaitu Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Barat Daya di SK Balik Pulau, hari ini pula menyusul satu lagi program kesukanan bersempena sambutan Hari Sukan Negara iaitu Fit Forever Peringkat Daerah Barat Daya 2022.
Program ini menyajikan acara berbasikal disamping beberapa lagi acara turut disediakan untuk para peserta dan pengunjung seperti tembak sasar memanah, paintball, push bike, demo taekwondo dan sepak raga ratus.
Paling menarik sekali adalah hadiah utama cabutan bertuah yang menyediakan sebuah motorsikal tajaan Yang Berhormat Haji Zolkifly bin Md Lazim, ADUN Teluk Bahang.
Kayuhan dijalankan di sekitar kawasan Balik Pulau meliputi Sungai Rusa, Jalan Bharu, Sungai Korok, Sungai Burung, Kampung Perlis, Pulau Betong, Kampung Terang, Simpang Empat, Kongsi, Titi Teras dan Air Putih menjadikan jarak kayuhan sejauh 22 kilometer keseluruhannya.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa selaku tuan rumah serta semua penaja, agensi-agensi Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan, para petugas dan sukarelawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program Fit Forever Peringkat Daerah Barat Daya 2022 pada hari ini.
#TeamKBS
#TeamJBSPenang
#TeamPBSDBaratDaya
#FitForever
#HSN2022
#SKSungaiRusa

- JBS Penang
- Hits: 249