Gelugor, 6 Jun 2023 - Pada 3 Jun 2023, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Balik Pulau Half Marathon.
Antara barisan VIP yang turut serta ialah Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang,YB Soon Lip Chee, YB Dato' Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Kumaresan Arumugam, ADUN Batu Uban, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En Mozakir Buyong Mokhtar dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, En Harry Chai Heng Hua.
KEPALA BATAS, 24 Mei 2023 - Penutup Aktiviti Ambang Hari Belia Negara Peringkat Daerah Seberang Perai Utara telah dilaksanakan pada 14 Mei di Vision Park, Kepala Batas. Booth Ambang Hari Belia Negara Daerah SPU telah dikunjungi oleh hampir 70 orang peserta larian LovePENANGRun yang ingin mendapatkan khidmat rawatan fisioterapi secara percuma.
Khidmat rawatan fisioterapi tersebut diketua oleh saudara Rajiv yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Belia Hindu Malaysia Cawangan Butterworth dan juga merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah SPU.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Ambang Hari Belia Negara SPU tahun ini.
Bukit Mertajam, 16 Mei 2023 - Program 'Bicara Tokoh Kepimpinan Belia' sempena Ambang Hari Belia Negara 2023 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan pada 15 Mei 2023 bertempat di Permatang Pasir. Program ini merupakan salah satu kemuncak (kick off) bagi menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara 2023. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPT, Majlis Belia Daerah SPT dan Pejabat Penerangan Daerah SPT. Program yang berteraskan elemen 'Daripada belia Untuk Belia ' bertujuan memacu pemikiran para belia terutama belia di Daerah SPT untuk merealisasikan pembangunan belia masa kini sejajar dengan moto Hari Belia Negara ' Ini Masa kita' melalui pengkongsian/ pengisian ilmiah bersama Tokoh Belia Negara Tahun 2021 , saudara Mohd Adib Anas Bin Haji Md Noor dan Penerima Anugerah Emas Remaja Perdana Kebangsaan Tahun 2022, Saudara Tiew Felix.
Seramai 283 orang peserta terdiri daripada kelab, persatuan sukan dan belia di Daerah SPT tidak melepaskan peluang untuk bersama- sama berkongsi serta bertukar pandangan bersama panel jemputan menerusi forum yg dianjurkan ini.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Faiz Bin Doto' Haji Fadzil ADUN Permatang Pasir. Turut hadir sama ialah En Mohamed Farid Bin Razali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT, Puan Nazlia Binti Naim, Pegawai Penerangan Daerah SPT, En Mohd Hafiz Ali Bin Mohd Anuar , Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Yang DiPertuan MBD SPT, En Mohd Alif Anas Bin Haji Mohd Noor.
KEPALA BATAS, 15 Mei 2023 - Pada 9 Mei 2023, Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU dengan kerjasama Majlis Belia Daerah SPU telah mengadakan seminar bertajuk "Belia, Dadah dan Kesihatan" bertempat di Kolej Komuniti (KK) Kepala Batas. Seminar ini merupakan salah satu aktiviti Ambang Hari Belia Peringkat Daerah SPU dan melibatkan 200 pelajar dari Kolej Komuniti Kepala Batas. Hari Belia Negara disambut 15 Mei setiap tahun. Bagi tahun 2023, aktiviti Ambang Hari Belia akan diadakan di peringkat daerah.
Seminar tersebut turut diadakan secara atas talian bersama-sama para pelajar Kolej Komuniti lain di dalam Negeri Pulau Pinang.
Penceramah jemputan adalah Puan Suriati, Penolong Pegawai AADK dari Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah SPU dan Encik Nathir, Pegawai Psikologi dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pulu Pinang.
BATU UBAN, 13 Mei 2023 - Program Inspire iTalent Negeri Pulau Pinang 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, PESRON Pulauu Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Program ini bertujuan mencari bakat sukan OKU bagi mewakili Negeri Pulau Pinang ke kejohanan yang berkaitan.
Seramai 52 orang peserta telah mendaftar yang merupakan OKU kategori fizikal, penglihatan dan pembelajaran. Peserta diberi taklimat berkaitan sukan oku, ujian keupayaan dan bakat sukan. Ramai peserta dapat mengenalpasti bakat dan kecenderungan sukan yang ingin disertai.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh En. Muhammad Hafizi bin Ahmad Zaini, Pen Pengrah JBSNPP. Turut hadir sama ialah En. Lim Hock Kee, Naib Presiden PESRON Pulau Pinang dan Puan Falisa Shahabudin, Pegawai Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Disediakan oleh Unit Pembangunan OKU Bahagian Pembangunan Sukan JBS Negeri Pulau Pinang.
Kepala Batas, 15 Mei 2023 - Satu program kecergasan yang akan berlansung selama 10 siri sepanjang bulan Mac sehingga Jun 2023 ini membawakan anda aktiviti Senamrobik dan berjalan kaki. Program ini memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan. Program ini juga bagi menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Bagi siri ke 3, program telah dilaksanakan pad a13 Meii 2023 bertempat di Vision Park, Kepala Batas.
Program dihadiri seramai 50 orang terdiri darai pelbagai lapisan masyarakat.
Program adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang dengan kerjasam Kelab Senamrobik Lestari
Disediakan oleh Unit Kecergasan Bahagian Pembangunan Sukan JBS Negeri Pulau Pinang
Batu Uban, 11 Mei 2023 - Telah berlangsung perhimpunan Bulanan untuk Warga Jbsn Pulau Pinang. Memperbaharui ikrar dan Taat Setia sebagai Penjawat Awam dalam melaksanakan Amanah Dan Tanggungjawab Dengan Jujur, Berintegriti Selaras Dengan Peraturan-Peraturan Penjawat Awam. Majlis disaksikan oleh Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang turut hadir Encik Mohammad Iswadi Aljuhari, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Sebagai tanda kenangan majlis juga meraikan pegawai yang bersara, Encik Mohamad Inshar Bin Haji Man, Encik Abdul Aziz Bin Yahaya yang telah bertukar ke Jabatan Laut Negeri Pulau Pinang dan Puan Sherol Liza Bin Tugi bertukar keluar ke Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang.
Warga JBS Pulau Pinang juga diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Jbsn Pulau Pinang 2023
Disediakan oleh : Pentadbir Portal JBS Negeri Pulau Pinang
Kuala Ketil, Kedah, 19 APR 2023 - JBSNPP bersama PESRON Pulau Pinang telah mengadakan Negeri Pulau Pinang, Program Ziarah Kasih Keluarga Atlet Para Muhammad Al Hafiz bin Abu Hasan yang telah meninggal dunia akibat sesak nafas pada 1 April 2023 di Hospital Sungai Petani. Muhammad Al Hafiz bin Abu Hasan merupakan atlet Para Olahraga bagi acara lontaran dan balingan Kategori B2 dan telah mewakili Negeri Pulau Pinang pada Temasya Para Sukma tahun 2016, 2018 dan 2022.
Program ziarah ini diadakan bertujuan menyampaikan sumbangan kepada keluarga allahyarham sebagai penghargaan di atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh allahyarham dalam sukan olahraga sepanjang mewakili Negeri Pulau Pinang. Sumbangan telah disampaikan oleh Dato' Dr G.P. Doraisamy, Naib Presiden PESRON P.Pinang kepada En. Abu Hasan, bapa allahyarham.
Turut hadir bersama adalah Pn. Rashidah, Setiausaha PESRON Pulau Pinang dan Pn. Safura, Peg. Pembangunan Sukan OKU, JBS Negeri P.Pinang. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham .. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
Balik Pulau, 18 April 2023 - Bertarikh 17/4/2023, setelah 8 hari berkampung di Bazar Ramadan Balik Pulau, maka sampailah sudah ke penghujung Projek MySavefood@Bazar Ramadan dibawah kelolaan Bahagian Rakan Muda JBSNPP.
Dan pada hari ini, sebanyak 33.73kg lebihan barang jualan makanan dan minuman telah dikumpulkan, menjadikan jumlah keseluruhan lebihan jualan yang dikumpulkan sepanjang 8 hari projek ini dijalankan adalah sebanyak 455.22kg.
Semoga dengan projek sebegini dapat memberikan impak kepada kesedaran pengguna dan pihak penjual di dalam mengurangkan pembaziran makanan dan minuman yang boleh memberikan kesan pencemaran kepada alam sekitar. Sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan.