Penaga, 24 Ogos 2023 - Bertarikh 23 Ogos 2023 - Telah berlangsung program SATRIA Siri 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muda, Penaga melibatkan pelajar seramai 40 orang.
Kesukarelawanan merupakan suatu proses meningkatkan kesedaran dan keprihatinan serta melahirkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan belia tentang kepentingan penglibatan juga sumbangan mereka secara bersepadu dalam aktiviti kemasyarakatan untuk pembangunan bangsa dan negara.
Program hari ni berbentuk ceramah kesedaran kepada para pelajar SMK Sri Muda. Doktor Naqirah dari Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara telah hadir menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk : HIV Dan AIDS Di Kalangan Remaja/ Belia.
SEBERANG JAYA, 23 Ogos 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PESRON Pulau Pinang telah menghantar seramai 5 orang atlet para memanah bagi mewakili Negeri Pulau Pinang pada sirkit 1 yang akan berlangsung dari 23 hingga 27 Ogos 2023 di Padang Turf Pavilion, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sepertimana kejohanan sirkit yang lain, pasukan para memanah Negeri Pulau Pinang juga menampilkan penyertaan atlet-atlet baru sebagai pendedahan awal ke kejohanan. Diharapkan pasukan para memanah Negeri Pulau Pinang dapat menimba pengalaman dan meraih kemenangan pada penyertaan kali ini ?
Balik Pulau, 22 Ogos 2023 – Bertarikh 20 Ogos 2023 telah berlangsung semalam Program Rakan Muzik : Bengkel Intensif Muzik Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM, Balik Pulau. Program ini adalah anjuran bersama Konsortium Industri Muzik Malaysia (IRAMA) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau. Penyertaan adalah seramai 88 orang.
Program ini merangkumi pengenalan Industri Muzik, definasi pelaku, pemain pelabur industri Serba sedikit asas ekosistem dan cabang-cabang industri muzik huluan serta hiliran. Peserta juga didedahkan kepada elemen-elemen muzik merangkumi
Asas utama mengenali bakat sendiri atau org lain;
Apa itu muzik? Kenali alat2 muzik, contoh gitar, drum, keyboard, vokal;
Kaedah memahami 1 family kord gitar atau keyboard sebagai asas cipta lagu dgn
mudah.serta cepat;
Setup asas home studio untuk rakaman digital. Ketahui device rakaman (PC atau laptop), soundcard atau audio interface, software rakaman (kes study Propeller Reason 7 atau latest offline), usb mic, 1 monitor, 1 headphone dan set speaker computer untuk kita dengar rakaman end product (tak termasuk mixing/mastering);
daftar lagu yg telah dirakam, daftar copyright harta intelek; register dan monetize lagu di DSP global dan ketahui rahsia pendapatan pasif dari kutipan royalty pencipta lagu/lirik, dari hakmilik rakaman dan dari royalti pelaku rakaman;
Bina imej/Promosi/buat gig showcase, dapatkan sponsor/collaborators dari Saudara Man Qalam/Ayob)
Berkongsi pengalaman bersama tetamu khas Saudara Amir Haris Singer/songwriter/YouTubers), Syed Samudera (penyanyi/komposer/penulis lrik/penggubah muzik); penampilan khas penyanyi band rock Ozon dari Kedah, Asmadie;
Peserta juga berpeluang menyertai sesi jamming santai bersama sifu, panelis dan tetamu jemputan.
Peserta bertuah kerana nama-nama besar dalam industri muzik seperti Presiden Irama Saudara Ayob Abdul Majid, Saudara Othman Masri, Tuan Haji Rozman dan Sheikh Qalam turut hadir berkongsi ilmu dalam bidang muzik.
Majlis Perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Rugba Bin Othman mewakili Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau. Turut hadir Encik Rizal Bin Mad Zain mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Bukit Mertajam, 22 Ogos 2023 - Bertarikh 19 Ogos 2023 telah berlangsung Program Plogging Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah bertempat di Pusat Pemulihan Komuniti (OKU) Seberang Jaya. Anjuran Bersama Persatuan Belia Perkampungan Permatang Tinggi dan Persatuan Taekwondo Thunderkick Sbrg Jaya. Penyertaan seramai 80 orang.
Bukit Mertajam, 22 Ogos 2023 - Bertarikh 18 Ogos 2023, Kunjungan dari Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Bukit Minyak Pengerusi ( En. Jimmy Choo) dan ( Pn. Mas ) ke PBSD SPT bagi sesi perbincangan berkaitan dana industri sukan.
Gelugor 22 Ogos 2023 - Bertarikh 19 Ogos 2023 telah berlangsungnya Pertandingan Futsal Sempena Liga Sukan Komuniti ( LSK) Daerah Timur Laut bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang.
sebanyak 16 pasukan bertanding melibatkan 120 orang peserta dan melibatkan 12 orang urusetia dan pegawai teknikal.
Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Mohamad Iswadi Bin Aljuhari Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negrei Pulau Pinang. Turut hadir memeriahkan program Encik Ebenezer A/L VIcotr Nimbalker Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Timur Laut. Senarai pemenang adalah seperti berikut :-
Johan : CHAMP St. FC
Naib Johan : Street United FC
Ketiga: A'Dario FC
Bukit Mertajam, 22 Ogos 2023 - Pertandingan Futsal Liga Sukan Komuniti (LSK) 2023 telah berakhir dengan Jayanya .
LSK 2023 yang berlangsung pada 19 ogos 2023 (sabtu) telah berjaya menarik seramai 170 pemain dari Daerah Seberang Perai Tengah telah bersaing dalam peringkat Kumpulan sehingga peringkat Akhir di Court Futsal Stadium AEI Permatang Rawa .
LSK 2023 yang dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Bandar Perda (KBSBP) mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat setempat yang terdiri daripada perlbagai kaum , bangsa & agama.
Terima Kasih diucapkan kepada Pejabat Belia SPT memberi peluang kepada Pengurusan Kelab menjadi “Organizer” untuk LSK pada tahun ini . Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan Para Pemenang .
Terima Kasih diatas Kerjasama semua pihak . Pihak kami mohon maaf jika ada kelemahan dalam Penganjuran. Kita jumpa lagi pada pertandingan atau kejohanan yang akan datang .
BERTAM, 21 Ogos 2023 - Bertarikh 19 Ogos 2023, Aksi kemas dan tangkas dari Paksy FC menjadikan pasukan tersebut sebagai johan bagi perlawanan Futsal Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Seberang Perai Utara.
LSK yang dilaksanakan di Kickers Sport Centre menampilkan 16 pasukan beraksi di peringkat daerah ini. Program ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Seberang Perai Utara Baru.
Berikut adalah senarai pemenang bagi Johan sehingga tempat keempat:
Johan ?: Paksy FC
Naib Johan ?: Thaf FC
Ketiga ?: Lahar Kepar FC
Keempat ?: Delamy FC
Ikuti sorotan #LENSALSKSPU sepanjang perlawanan tersebut ?
Georgetown, 21 Ogos 2023 - Jelajah GENTA BELIA TIMUR LAUT mendapat sambutan di Hin Bus Depot, Georgetown Pulau Pinang bertarikh 19 Ogos 2023.
Program Jelajah Genta Belia merupakan satu inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan bagi membantu golongan belia dengan memberi pendedahan berkaitan permerkasaan ekonomi belia serta menigkatkan penglibatan belia dalam sektor ekonomi
Pengisian program melibatkan pelbagai aktiviti yang meliputi kegiatan ekonomi dan juga sosial.
Seramai 500 orang peserta dan pengunjung yang telah hadir menyertai dan memeriahkan Jelajah Genta Belia Peringkat Daerah Timur Laut 2023. Pelbagai program menarik diadakan antaranya :
▶️Senam Genta,
▶️Jualan Produk Usahawan
▶️Pertandingan Sukan Tradisional,
▶️Netball Shootout Challenge
▶️Pertandingan mewarna kanak-kanak
▶️Pertunjukan silap mata, ▶️Demo masakan tradisional,
▶️Bual Bicara Usahawan, ▶️Pameran agensi kerajaan dan swasta
▶️Cabutan bertuah
▶️Persembahan Busker.
Semoga Program Jelajah Genta Belia ini dapat meningkatkan pendedahan dan memanfaatkan maklumat berkaitan pemerkasaan ekonomi belia. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di sampaikan oleh Puan Faradila - Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS.Turut hadir bersama En Mohamad Iswadi Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Program mendapat kerjasama baik rakan strategik Majlis Belia Daerah Timur Laut. Terima kasih semua.
Ikuti sorotan #LENSAKAMERAPBSDTL sepanjang JELAJAH GENTA BELIA DAERAH TIMUR LAUT 2023.