BAYAN BARU, 7 Ogos 2024 - Telah berlangsung Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Barat Daya bertempat di Dewan Pulau Mutiara, Hotel Seri Malaysia Bayan Baru.
Sebanyak 5 usul berkaitan pembangunan belia telah dibahaskan oleh perwakilan pertubuhan belia daerah Barat Daya bersama agensi-agensi kerajaan. Antara usul yang dibangkitkan dan dibahaskan adalah berkenaan Dasar Peluang Kedua, isu rokok elektronik atau "????", ketidakhadiran calon peperiksaan SPM, peluang kerjaya serta hala tuju bekas atlet negeri Pulau Pinang dan fasiliti kemudahan eko pelancongan di daerah Barat Daya.
Terdahulu, persidangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri, Pegawai Daerah Barat Daya merangkap Pengerusi MPBN Daerah Barat Daya. Turut hadir YB Dato' Azrul Mahathir bin Aziz, ADUN Bayan Lepas, En. Ahmad Zaki Shah bin Shah Headan, Penyelaras KADUN Telok Bahang, En. Roshidi Roslan, Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang mewakili Ahli Parlimen Balik Pulau, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dan En. Shukri bin Suhaidi Presiden Majlis Belia Daerah Barat Daya.





- JBS Penang
- Hits: 112























