Tanjung Bungah, 30 Oktober 2024 - Pada 26 Okt 2024 Program Skill For Life @ Parlimen Bukit Bendera Kursus Barista - program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dan Majlis Belia Daerah Timur Laut mendapat perhatian generasi muda berikutan 'Coffee' atau minuman berasaskan kopi merupakan salah satu kegemaran dan kegilaan rakyat Malaysia kini.
Bertepatan dengan saranan kementerian untuk mewujudkan belia yang berkemahiran dan mampu menjana ekonomi, bengkel ini menjadi platform terbaik untuk mereka mendalami dan mempelajari kemahiran bagaimana untuk menghasilkan minuman kopi yang bukan sahaja sedap tetapi kreatif dan inovatif.
Kursus pendek di bawah Unit Rakan Muda Daerah yang disertai 20 orang peserta ini dikelolakan oleh tenaga mahir, Giat Mara Cawangan Bukit Bendera sebagai rakan strategik.





- JBS Penang
- Hits: 175



























