- JBS Penang
- Hits: 35
Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025
- JBS Penang
- Hits: 35
Georgetown, 22 Mei 2025 – Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 telah berjaya dianjurkan pada 20 hingga 22 Mei 2025 bertempat di Vouk Hotel Suites, Pulau Pinang. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Senamrobik Lestari, dan telah menghimpunkan para penggiat kecergasan serta wakil-wakil agensi kerajaan dan NGO dari seluruh negeri.
Sepanjang tiga hari penganjuran, peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti ilmiah dan fizikal yang merangkumi pembentangan modul-modul kecergasan, bengkel senamrobik, aktiviti fizikal luar, serta sesi perkongsian ilmu bersama jurulatih dan pakar kecergasan berpengalaman. Antara pengisian utama termasuk sesi ceramah bertajuk “Falsafah dan Asas Kecergasan”, “Pemakanan dan Kecergasan”, serta latihan praktikal yang dikendalikan secara interaktif.
Majlis penutup telah berlangsung meriah dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta. Penyampaian sijil disempurnakan oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan serta fasilitator utama program, dengan harapan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam komuniti masing-masing untuk memperkasakan gaya hidup sihat dan aktif.
Seminar ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah turut memperkukuhkan jaringan profesional dalam kalangan jurulatih kecergasan dan penggerak komuniti aktif di negeri ini.