George Town, 15 Ogos 2025 - Pada 1 Ogos 2025 telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Timur Laut 2025. Kolaborasi berjaya dijalinkan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut di Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut, George Town, Pulau Pinang.
Aktiviti Senamrobik diterapkan sebagai amalan gaya hidup sihat. Semoga para peserta terus kekal cergas di masa hadapan. Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Majulah Sukan Demi Negara.
Bukit Bendera, 15 Ogos 2025 - Pada 31 Julai 2025, satu sesi lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan bagi pelaksanaan Program @Komuniti Siri 2 telah diadakan pada 31 Julai 2025 bertempat di Perbadanan Bukit Bendera. Lawatan ini bertujuan untuk menyelaras keperluan logistik, pengurusan lokasi serta mendapatkan maklum balas daripada pihak tuan rumah bagi memastikan kelancaran program yang bakal diadakan.
Antara pegawai dan wakil yang hadir adalah En. Ebenezer Al Victor Nimbalker – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut En. Mohd Ibrahim Bin Yussop – Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Puan Wan Syakilah Binti Wan Salim – Pembantu Belia dan Sukan Daerah Timur Laut, En. Md Fauzi Bin Md Latip – Wakil Persatuan 4B Kawasan Tanjung, Nurul Aina Amirah Binti Mohd Fauzi – Pembantu Komunikasi Korporat, Bahagian Khidmat Pengurusan Korporat, Penang Hill.
Hasil perbincangan menyentuh aspek pelaksanaan program seperti lokasi aktiviti, penyediaan logistik, keperluan teknikal serta pengurusan peserta. Pihak Penang Hill memberi kerjasama yang baik dan menyatakan komitmen dalam membantu menjayakan program ini.
#Rakanmuda #Plogging #JBSNKomited #MADANIBekerja #pbsdtimurlaut #MalaysiaMadani #KitaSemuaTeamMAS #DemiMalaysia See translation
George Town, 15 Ogos, - Pada 29 Julai 2025 (Selasa) bertempat di Penang Free School telah berlangsung Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Program adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Taklimat ini melibatkan lebih 35 buah sekolah rendah dan menengah di daerah Timur Laut dan disasarkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut,Encik Mohd Ibrahim Bin Yussop serta wakil jabatan,Pegawai Unit Rakan Muda,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Joni Bin Abdul Jamma yang memberikan penerangan tentang pelaksanaan dan manfaat program ARPRM kepada pihak sekolah.
George Town, 30 Julai 2025 (Rabu) - Program 1000 Liga Peringkat Daerah Timur Laut (Catur) berjalan lancar. Teknikal sukan ini diuruskan oleh Persatuan Catur Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dan SMK (L) Methodist kerana sudi berkolaborasi menyediakan kemudahan dewan dan lain lain bagi menjayakan program ini .
Terima kasih juga dirakamkan kepada semua yang bersama menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
George Town, 27 Julai 2025 - Bertemnpat di GIATMARA Jelutong telah berlangsung Latihan Kemahiran Seni Reka Gaya Rambut anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dengan kerjasama GIATMARA Jelutong.
Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 27 Julai 2025 di GIATMARA Jelutong dengan pengisian utama berkaitan kemahiran memotong rambut lelaki. Seramai 20 orang peserta belia telah mengambil bahagian.
Tujuan program adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam dandanan rambut lelaki serta membuka peluang ke arah keusahawanan.
Tenaga pengajar yang terlibat ialah Pn. Nur Rul Husna binti Zainal dan En. Mohd Jamil bin Mohd Yusof dari GIATMARA Jelutong.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan menyemai minat belia dalam bidang kemahiran.
George Town, 05 Julai 2025 - Pelaksanaan Program Skill For Life @ Parlimen Tanjung 2025 Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Skill For Life @ Parlimen Tanjung bagi peringkat Daerah Timur Laut yang telah berlangsung baru-baru ini.
Program ini telah dijalankan secara bersemuka di peringkat daerah/kawasan dengan penyertaan seramai 27 orang peserta. Sepanjang kursus ini, peserta telah diberi pendedahan asas dan kemahiran dalam mengedit serta mereka bentuk kandungan visual menggunakan platform Canva.
Antara kemahiran yang dipelajari termasuk: Reka bentuk poster, kad, infografik, resume, dan lain-lain Mengedit gambar: potong, tambah penapis, ubah latar belakang. Menambah teks, ikon, animasi dan elemen grafik. Susun atur reka bentuk menggunakan templat sedia ada atau hasil rekaan sendiri Menariknya, peserta turut diberikan maklumat mengenai bantuan SARA oleh Puan Siti Nor Ain binti Mohd Zain, Pegawai Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut.
Majlis penutupan Kursus Canva Editing ini telah diserikan dengan kehadiran:
En. Ebenezer A/L Victor Nimbalker – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut, En. Mahathir Bin Yahaya, En. Mohd Nazri Bin Hassan – Tenaga Pengajar Kursus
Sesi penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh En. Ebenezer A/L Victor Nimbalker. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini!
Bukit Bendera, 29 Jun 2025 - Sekalung Taniah & Syabas kepada semua yang menjayakan Program Skill For Life @Parlimen Bukit Bendera peringkat Daerah Timur Laut semalam.
Program ini telah dilaksanakan di peringkat daerah/kawasan secara bersemuka, melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta. Mereka telah meluangkan masa untuk mempelajari ilmu berkaitan teknologi retort, iaitu kaedah pembungkusan makanan terkini yang mengekalkan mutu dan kesegaran makanan. Menerusi penggunaan retort pouch, makanan yang diproses mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup disimpan pada suhu bilik sahaja. Teknologi ini amat bermanfaat khususnya untuk kegunaan mangsa bencana, pengembara, serta jemaah haji dan umrah yang ingin membawa bekalan makanan sendiri.
Selain itu,peserta juga telah diberikan selingan info tentang gejala scammer masa kini yang telah disampaikan oleh Encik Hanafi Sariman,Pegawai Lapangan,Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut.
Majlis penutupan Kursus Teknologi Retort juga telah dihadiri oleh Pegawai Belia Dan Sukan,En Ebenezer Al Victor Nimbalker,dan En Mahathir Bin Yahaya serta En Zuhaar Khan Bin Mohammed Ali sebagai tenaga pengajar.
Sesi penyampaian sijil penyertaan juga telah disempurnakan oleh Ybrs En Ebenezer A/L Victor Nimbalker selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Timur Laut.
George Town, 31 Julai 2025 - Sekalung Taniah & Syabas kepada semua yang menjayakan Program Skill For Life @Parlimen Bukit Gelugor peringkat Daerah Timur Laut pada 22 Jun 2025
Seramai 25 orang peserta telah berjaya meluangkan masa untuk menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran asas dalam bidang fotografi. Program ini turut memberi pendedahan awal kepada rakan muda berumur antara 15 hingga 25 tahun tentang potensi menjana pendapatan hanya dengan menggunakan telefon pintar.
Selain itu, peserta didedahkan kepada teknologi pemprosesan AI dalam peranti mudah alih yang mampu meningkatkan pengalaman pengguna serta membantu menghasilkan foto berkualiti tinggi secara lebih bijak. Peserta juga mempelajari asas-asas penting dalam fotografi seperti komposisi gambar, penggunaan cahaya, jenis sensor, apertur dan kedalaman medan (depth of field), mod dedahan (exposure modes), serta kualiti dan format gambar.
Majlis penutupan Kursus Asas Fotografi juga telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Yb Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh,Pegawai Belia Dan Sukan,En Ebenezer Al Victor Nimbalker,Tuan Nashrizal sebagai Penghulu Pejabat Daerah Timur Laut, Ahli Majlis En Visva Nathan Dan En Mohd Muktasim Bin Mohd Rosli Dari Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya sebagai tenaga pengajar.
Sesi penyampaian sijil penyertaan juga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh Dan Ybrs En Ebenezer A/L Victor Nimbalker selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Timur Laut.
Sungai Jawi, 29 Jun 2025 - Selesai sudah Pertandingan Petanque Program 1000Liga Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan yang telah diadakan di Gelanggang Petanque, Penjara Seberang Perai. Seramai 50 orang peserta menyertai pertandingan tersebut. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh En.Abdul Hamid Bin Hj. Mohd Yassin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan. Terima kasih kepada Kelab Petanque Penjara Seberang Perai diatas komitmen dan Kerjasama yang baik dalam menjayakan Program ini. TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang