Program Skill For Life @Parlimen Bukit Gelugor peringkat Daerah Timur Laut

George Town, 31 Julai 2025 - Sekalung Taniah & Syabas kepada semua yang menjayakan Program Skill For Life @Parlimen Bukit Gelugor peringkat Daerah Timur Laut pada 22 Jun 2025

Seramai 25 orang peserta telah berjaya meluangkan masa untuk menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran asas dalam bidang fotografi. Program ini turut memberi pendedahan awal kepada rakan muda berumur antara 15 hingga 25 tahun tentang potensi menjana pendapatan hanya dengan menggunakan telefon pintar.

Selain itu, peserta didedahkan kepada teknologi pemprosesan AI dalam peranti mudah alih yang mampu meningkatkan pengalaman pengguna serta membantu menghasilkan foto berkualiti tinggi secara lebih bijak. Peserta juga mempelajari asas-asas penting dalam fotografi seperti komposisi gambar, penggunaan cahaya, jenis sensor, apertur dan kedalaman medan (depth of field), mod dedahan (exposure modes), serta kualiti dan format gambar.

Majlis penutupan Kursus Asas Fotografi juga telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Yb Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh,Pegawai Belia Dan Sukan,En Ebenezer Al Victor Nimbalker,Tuan Nashrizal sebagai Penghulu Pejabat Daerah Timur Laut, Ahli Majlis En Visva Nathan Dan En Mohd Muktasim Bin Mohd Rosli Dari Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya sebagai tenaga pengajar.

Sesi penyampaian sijil penyertaan juga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh Dan Ybrs En Ebenezer A/L Victor Nimbalker selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Timur Laut.

#timurlautpbsd
#rakanmuda
#skillforlife
#kursusasasfotografi
#2025

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search