Skills For Life @ Parlimen Jelutong

George Town, 27 Julai 2025 - Bertemnpat di GIATMARA Jelutong telah berlangsung Latihan Kemahiran Seni Reka Gaya Rambut anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dengan kerjasama GIATMARA Jelutong.

Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 27 Julai 2025 di GIATMARA Jelutong dengan pengisian utama berkaitan kemahiran memotong rambut lelaki. Seramai 20 orang peserta belia telah mengambil bahagian.

Tujuan program adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam dandanan rambut lelaki serta membuka peluang ke arah keusahawanan.

Tenaga pengajar yang terlibat ialah Pn. Nur Rul Husna binti Zainal dan En. Mohd Jamil bin Mohd Yusof dari GIATMARA Jelutong.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan menyemai minat belia dalam bidang kemahiran.

#RAKANMUDA
#RAKANMAHIR
#JBSNKomited
#MADANIBekerja
#pbsdtimurlaut
#MalaysiaMadani
#KitaSemuaTeamMAS
#DemiMalaysia
#TeamKBS
#TaatSetia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search