Balik Pulau, 25 Spetember 2025 - Bertempat di Gertak Sanggul, aktiviti terakhir Summercamp Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Alhamdulillah, berakhir sudah program kita pada hari ini dengan penuh kenangan manis dan pengalaman berharga. Sepanjang pagi hari ini, para peserta bukan sahaja ditempa dengan aktiviti mencabar minda & fizikal, malah turut belajar khidmat komuniti dan kerjasama berpasukan, disiplin.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta, fasilitator, urusetia serta pihak yang terlibat menjayakan program ini.
Moga segala ilmu, pengalaman dan ukhwah yang terbina akan menjadi bekalan berharga untuk masa depan.
Balik Pulau, 25 September 2025 : Sebelah petang hari Kedua 30 Ogps 2025 memang lain macam vibe dia – peserta semua turun ke air untuk aktiviti rakit & survival dalam kolam.
Ada yang gigih kayuh rakit sambil kibarkan Jalur Gemilang , ada yang all out beraksi dalam air – memang padu habis! Selain fun, aktiviti ni ajar teamwork, ketahanan diri & cara survive kalau dalam situasi sebenar. Respect untuk semua peserta yang bagi komitmen sampai last splash!
Balik Pulau, 25 September 2025 - Bertarikh 30 Ogos 2025 bertempat di White Resort Camp merupakan hari kedua berlangsungnya Summercamp Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Seawal pagi lagi peserta dah dikejutkan dengan senaman Malaysia Aktif sebelum meneruskan cabaran penuh aksi seperti Kembara Halangan & ‘A’ Frame yang menguji kekuatan fizikal dan mental mereka . Hari kedua penuh dengan pengalaman, cabaran dan semangat kebersamaan! kita tunggu pula sesi petang dan malam pastinya lebih meriah #RakanMuda #SummerCamp2025 #BeliaAktif #PulauPinang #kbsmalaysia #jbsnpp
Balik Pulau, 25 Spetember 2025 - Pada 29 Ogos 2025 bertempat di White Resort Camp,Balik Pulau,Penang. Program ini akana dilaksanakan selama 3 hari 2 malam.
Bermula dengan pendaftaran & taklimat, peserta terus bersemangat bila masuk sesi ice breaking & pembinaan pasukan. Memang meriah suasana bila semua mula kenal antara satu sama lain.
Aktiviti hari pertama ni jadi permulaan terbaik sebelum peserta teruskan cabaran-cabaran menarik esok! Stay tuned untuk update esok!
Sungai Puyu, Butterworth, 25 Ogos – Program Malaysia Aktif@Komuniti Daerah Seberang Perai Utara 2025 Siri 11 berlangsung meriah di Taman Sentral, Sungai Puyu dengan penyertaan masyarakat setempat daripada pelbagai lapisan umur.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat KADUN Sungai Puyu yang diwakili YB Phee Syn Tze serta sokongan MPKK Kampung Baru. Aktiviti utama berbentuk kecergasan iaitu senamrobik zumba, dikendalikan oleh Instruktur Kecergasan KBS, Pn. Norli, yang berjaya menceriakan suasana dengan alunan muzik bertenaga.
Kehadiran ramai peserta membuktikan komitmen masyarakat dalam menjayakan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat Satu Malaysia. Program sebegini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah memperkukuh ukhwah dan perpaduan komuniti setempat.
Sungai Puyu, 25 Ogos – Program Malaysia Aktif@Komuniti Daerah Seberang Perai Utara 2025 Siri 11 berlangsung meriah di Taman Sentral, Sungai Puyu dengan penyertaan masyarakat setempat daripada pelbagai lapisan umur.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat KADUN Sungai Puyu yang diwakili YB Phee Syn Tze serta sokongan MPKK Kampung Baru. Aktiviti utama berbentuk kecergasan iaitu senamrobik zumba, dikendalikan oleh Instruktur Kecergasan KBS, Pn. Norli, yang berjaya menceriakan suasana dengan alunan muzik bertenaga.
Kehadiran ramai peserta membuktikan komitmen masyarakat dalam menjayakan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat Satu Malaysia. Program sebegini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah memperkukuh ukhwah dan perpaduan komuniti setempat.
George Town, 26 Ogos 2025 - Majlis Perundingan Belia Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, dengan kehadiran lebih 100 ahli persidangan.
George Town, 26 Ogos 2025 - Program Kecergasan Jabatan Audit Negara (JAN) 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Program ini menghimpunkan lebih 1,000 warga JAN dari seluruh negara melalui penyertaan mengikut lima zon iaitu Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Borneo. PBSD Timur Laut berkolaborasi memeriahkan suasana melalui program Malaysia Aktif @ komuniti siri ke-10 dengan memperkenalkan aktiviti kecergasan senamrobik kepada peserta. Sepanjang penganjuran, pelbagai acara sukan dipertandingkan melibatkan 13 kategori termasuk bola sepak, bola jaring, badminton, ping pong, sepak takraw, bola tampar lelaki dan wanita, dart, catur, karom serta tenpin boling (lelaki, wanita dan veteran). Majlis Perasmian Program Kecergasan JAN 2025 telah dirasmikan oleh Dato Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi selaku Ketua Juruadit Negara. Majlis turut diserikan dengan sesi kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang melambangkan semangat patriotisme serta kebersamaan warga JAN. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh semangat kebersamaan, disiplin serta kerjasama erat dalam kalangan warga jabatan. Semoga kejayaan dan semangat yang dipupuk sepanjang program ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kecergasan Jabatan Audit Negara. Terima kasih diucapkan kepada instruktor kecergasan Kelab Senamrobik Mutiara atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan agenda ini. Majulah sukan demi Negara #MalaysiaMadani #JBSNBersama #MalaysiaAktif #jbsnpp #TaatSetia
George Town, 26 Ogos 2025 - Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) anjuran Unit Kokurikulum SMK (L) Methodist telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa, 26 Ogos 2025 bertempat di Dewan Shew, dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Seramai 10 orang wakil pelajar daripada setiap unit beruniform telah menghadiri sesi taklimat yang penuh informasi ini, yang telah disampaikan oleh Pn. Wan Syakilah binti Wan Salim, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut. Majlis turut dihadiri oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Chew Choon Kian, serta dibantu oleh guru pembimbing Puan Norain binti Md Nor dan En. Muhammad Faiz bin Basri. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai konsep, struktur dan pelaksanaan ARPRM, termasuk syarat kelayakan serta pencapaian bagi tahap Gangsa, Perak dan Emas.
Pelajar yang berminat telah diberikan borang pendaftaran sebagai langkah awal penyertaan, dan sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Tindakan susulan akan dilaksanakan bagi memulakan proses pendaftaran peserta bagi peringkat Gangsa.
Butterworth, 18 Ogos 2025 - Program Plogging Pupuk Kesedaran Alam Sekitar, YB Kumaran Krishnan mewakili YB Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, merasmikan Program Khidmat Masyarakat: “Plogging Pupuk Kesedaran Alam Sekitar” pada 17 Ogos 2025 di Masjid Jamek Bagan Dalam.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan, Pejabat Penerangan Daerah SPU dan Kelab Belia Paya Keladi Masjid serta dengan kerjasama Masjid Bagan Dalam ini berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam aktiviti plogging yang menggabungkan larian santai dan kutipan sampah, sekali gus menyemai kesedaran kebersihan, kesihatan serta semangat perpaduan selaras dengan tema Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
Turut hadir, wakil agensi kerajaan, AJK Masjid, KRT Bagan Dalam, JMB Flat Sri Bagan, Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) DUN Bagan Dalam serta komuniti setempat.