BALIK PULAU, 19 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya bersama rakan strategik telah mengadakan lawatan tapak ke Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP), Pantai Acheh bagi persediaan pelaksanaan Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Barat Daya yang bakal berlansung tidak lama lagi.
Lawatan ini bertujuan memastikan aspek logistik, penginapan, fasiliti serta perjalanan program berada dalam keadaan terbaik demi menjamin kelancaran kem yang menyasarkan penglibatan belia di daerah ini.
Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya serta wakil pihak pengurusan ILIPP.
BALIK PULAU, 18 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah mengadakan perbincangan bersama jawatankuasa Kelab Olahraga URBP bagi membincangkan teknikal acara larian sempena penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada gerak kerja aspek teknikal acara termasuk laluan larian kompetitif dan fun run, keselamatan peserta serta penyelarasan krew marshal dan sukarelawan bagi memastikan kelancaran acara.
Turut hadir sama dalam sesi perbincangan ini ialah En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Saiful Adli bin Sudin, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya.
BALIK PULAU, 14 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama komuniti berbasikal Pedal Penangkia (PPK) telah menganjurkan program 3 Peaks Ride Challenge sempena Siri 8: Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya bertempat di SJK(C) Yu Chye, Kuala Sg. Pinang.
Pelaksanaan siri kali ini melibatkan cabaran kayuhan sejauh 60 kilometer menghimpunkan komuniti berbasikal dari pelbagai lapisan masyarakat bagi menawan tiga puncak ikonik di daerah ini. Program ini bukan sahaja menguji tahap ketahanan fizikal dan mental peserta, malah turut menyemarakkan semangat gaya hidup sihat serta memupuk perpaduan komuniti setempat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta rakan strategik yang menjayakan penganjuran program kali ini. Jumpa lagi dalam siri Malaysia Aktif@Komuniti seterusnya, ayuh terus kekal aktif bersama komuniti kita.
KOMTAR, 23 September 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa induk Sambutan HSN Timur Laut 2025. Mesyuarat telah dipengerusikan Oleh Tuan Ismasuhaimi Sharif selaku Pegawai Daerah Timur Laut.
Hubungan kolaborasi antara agensi kerajaan,swasta bersama NGO belia dan Sukan turut dijalinkan bagi menjayakan program yang telah dirancang.
HSN Timur Laut 2025 dirancang akan dilaksanakan pada 11 November 2025 bertempat di Pangkalan FRU 3, Air Hitam Pulau Pinang.
Jom semua hadir bagi memeriahkan HSN Timur Laut 2025. Pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah menanti anda.
Paroi, Negeri Sembilan 20 Sept 2025 - Kontinjen Pulau Pinang telah menamatkan saingan bagi ketiga-tiga acara sukan dengan penuh semangat kesukanan. Adat bertanding, ada kalah dan menang. Kontinjen Pulau Pinang bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Penutup LiSOKU Peringkat Kebangsaan 2025.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Negeri yang telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan untuk mengharumkan nama negeri masing-masing.
Kontinjen Pulau Pinang akan terus berusaha meraih kemenangan pada edisi LiSOKU seterusnya. JOMM KITA TETAP AKAN SAHUT CABARAN
Penghargaan kepada: PESRON Pulau Pinang Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jkmpenang @ppdkdaerahspu PersatuanTenpin Bowling Pulau Pinang
Nilai, Negeri Sembilan, 20 Sept. 2025 - Kontinjen Pulau Pinang memulakan saingan bagi acara Tenpin Boling Lelaki dan Wanita di Mesa Mall Nilai, Negeri Sembilan.
Diharapkan Kontinjen Pulau Pinang beroleh kemenangan.
JOMM KITA SAHUT CABARAN
PESRON Pulau Pinang
Setinggi-tinggi penghargaan kepada PersatuanTenpin Bowling Pulau Pinang di atas tajaan jersi pertandingan pasukan Tenpin Boling Lelaki dan Wanita sempena LiSOKU Peringkat Kebangsaan 2025
Seremban, 19 Sept. 2025 - Kontinjen Pulau Pinang memulakan persaingan bagi acara Futsal dan Bola Tampar Duduk Lelaki dan Wanita di KOMBES Negeri Sembilan.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Mozakir bin Buyong Mokhtar turut turun padang bagi memberikan sokongan dan kata-kata semangat untuk Kontinjen Pulau Pinang.
Bukit Kiara, 19 Sept. 2025, Satu Sesi Amanat bersama CDM Kontinjen Pulau Pinang di lobi KRM Bukit Kiara. LiSOKU Peringkat Kebangsaan 2025 bakal membuka tirainya jam 3.00pm di KOMBES Negeri Sembilan bagi acara Futsal dan Bola Tampar Duduk.
Sesi amanat yang disampaikan oleh Encik Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini, Penolong Pengarah (Sukan) selaku CDM Kontinjen Pulau Pinang sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada para pemain. Diharapkan Kontinjen Pulau Pinang beroleh kemenangan.
Jelutong, 25 September 2025 - Bertempat di PAWE Jelutong, Pulau Pinang telah berlangsung pelbagai aktiviti yang melibatkan warga emas serta komuniti setempat, antaranya:
-Senamrobik & Yoga Chair khusus untuk warga emas -Senaman Taichi -Aktiviti Plogging – pembersihan kawasan sekitar -Sukaneka mesra bersama warga emas -Pertandingan karaoke warga emas -Persembahan tarian & nyanyian oleh PAWE Jelutong Tetamu Kehormat & Penyokong Program:
•YABhg. Madam Tan Lean Kee – Penaung PAWE Jelutong •YAB Chow Kon Yeow & isteri, YABhg. Puan Sri Tan Bee Geok – Ketua Menteri Pulau Pinang •Puan Rozita binti Ibrahim – Pengarah Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang •Dato’ Seri Lawrence – Presiden Persatuan Warga Emas Pulau Pinang •Datin Yeoh Phaik Suan (Datin Anna) – JPWK KADUN Padang Kota •Puan Siti Zaharah Sulaiman – Bahagian Warga Emas, Pejabat Kebajikan Negeri Pulau Pinang •Puan Baizlin Hasbi binti Bedol – Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut Program ini turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai pihak, iaitu: -Staff & Warga PAWE Jelutong -Kelab Senamrobik Mutiara -Sukarelawan Komuniti -Guru & Pelajar ILKKM Georgetown -Persatuan GBBM Timur Laut -Gerakan Belia 4B Tanjung
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Lawrence, Presiden Persatuan Warga Emas Pulau Pinang. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu kehormat, agensi kerajaan, pertubuhan, pelajar, sukarelawan serta komuniti setempat atas sokongan dan penglibatan dalam menjayakan program ini.