Bukit Mertajam, 15 Mac 2025 - Majlis Perasmian PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2025 yang disempurnakan oleh Yb @dgooizs Exco Belia ,Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang..
💥Rakan Muda Ramadan Kini Kembali💥 Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang.
🗓️: 15 MAC 2025 (SABTU) 📍: MASJID JAMEK SUNGAI RAMBAI, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Bukit Mertajam, 15 Mac 2025 - Majlis Perasmian PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2025 yang disempurnakan oleh Yb @dgooizs Exco Belia ,Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang..
💥Rakan Muda Ramadan Kini Kembali💥 Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang.
🗓️: 15 MAC 2025 (SABTU) 📍: MASJID JAMEK SUNGAI RAMBAI, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Bukit Mertajam, 15 Mac 2025 (Sabtu) - Bertempat di Masjid Jamek Sungai Rambai, Bukit Mertajam.
YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen hadir menyempurnakan Majlis Penutup Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada hari ini
Program yang diadakan di Masjid Sungai Jamek Bukit Mertajam melibatkan pelbagai pengisian termasuklah pertandingan hafazan, pertandingan azan, dan khatam Al-Quran.
YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Hafazan Kategori Lelaki dan Perempuan, Azan dan Iqomah serta menyampaikan Sijil Penghangaan kepada Pengerusi Masjid Jamek Sungai Rambai, Bukit Mertajam, dan juga berbuka puasa bersama masyarakat Setempat.
Turut hadir dalam Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025M | 1446H iaitu En Mozakir Bin Buyong Mokhtar (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang) YBhg Datuk Musa Sheikh Fadzir, (Pengerusi GIATMARA Malaysia, Tuan Haji Hafiz Bin Haji Abdul Wahid (Pengerusi Masjid Jamek Sungai Rambai, Bukit Mertajam) , En Hilmi Bin Elias (Ahli Lembaga Pengarah Perda) , RTM Pulau Pinang dan Ketua-ketua jabatan serta Agensi-agensi terlibat turut menjayakan program ini.
Kemuncak kepada program ini adalah pelaksanaan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 20 Mac 2025 (Khamis) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras
Dengan adanya Program seperti ini akan dapat Mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang
Bayan Baru, 25 APRIL 2025 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah menyempurnakan perasmian Akademi Billiard dan Snooker Wilayah Utara di Arena Curve, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Kementerian Belia dan Sukan telah memberi peruntukan sebanyak RM500,000 bagi pembangunan sukan tersebut di Pulau Pinang serta Wilayah Utara.
Turut hadir YB Daniel Gooi 魏子森 , Exco Belia,Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Sim Tze Tzin 沈志勤 ,Ahli Parlimen Bayan Baru, En. Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Harry Chai Chai , Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan juga wakil-wakil persatuan.
Sama-sama kita terus sokong pembangunan sukan di Pulau Pinang! #KBSmalaysia #Rakanmuda #MalaysiaMADANI #SukanUntukSemua
Universiti Sains Malaysia, 20 APRIL 2025 (AHAD) - Mega Townhall Diskusi Gen Z Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Dewan Kuliah SK4 Universiti Sains Malaysia (USM).
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs En Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir ( Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Bahagian Pembangunan Rakan Muda) , Turut Hadir, YBrs En Mozakir bin Buyong Mokhtar (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang), Profesor Dr. Shaharum bin Shamsuddin (Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pembangunan , Universiti Sains Malaysia) dan Profesor Dr . Azizah bin Omar (Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT, Universiti Sains Malaysia (USM)
Selain daripada itu, Seluruh Negeri SRMRM turut hadir dalam menjayakan Program Tersebut.
Georgetown, 29.04.2025 - YB Menteri Belia dan Sukan menyerahkan Mock Cheque Geran Padanan Sukan (GPS) KBS 2025 untuk 1st Penang Rowing Beach Coastal Championship!
Turut diumumkan sewaktu majlis ini adalah tambahan peruntukan khas oleh YB Menteri Belia dan Sukan sebanyak RM20,000 khusus untuk pembangunan atlet belia OKU dalam sukan mendayung!
YB Menteri juga flag-off acara Men Open Single Scull (CM1X) Endurance Race 4km — semangat sukan air makin membara di Pulau Pinang!
Sama-sama kita terus sokong bakat muda negara! #KBSmalaysia #Rakanmuda #MalaysiaMADANI #SukanUntukSemua
Kepala Batas, 28 April 2025 - Persatuan Muaythai Pulau Pinang telah menganjurkan Kejohanan Muaythai Jemputan Antarabangsa Pulau Pinang pada 25 sehingga 27 April 2025 bertempat di Dewan Milenium, Kepala Batas.
Yang Berhormat Daniel Gooi Si Zen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang telah menyampaikan mock cheque Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia Sukan kepada Persatuan Muaythai Pulau Pinang pada 26 April 2025.
Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Encik Harry Chai, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
NIBONG TEBAL, 20 Dis 2024 - Satu Sesi Perjumpaan Bersama Kelab Rekreasi Nibong Tebal telah diadakan di tempat latihan kelab tersebut.
Sesi perjumpaan itu diadakan bertujuan membincangkan kerjasama dalam perancangan dan pelaksanaan program sukan warga emas bagj tahun 2025.
Sesi Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh En. Poh Hup Lin, mantan Pengerusi KRNT, Pengerusi KRNT dan AJK KRNT. Manakala di pihak JBSNPP telah dihadiri oleh En. Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNPP, En. Abd Hamid bin Hj Mohd Yassin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPS dan Pn. Siti Safura binti Noorsah, Peg Unit Sukan OKU JBSNPP.