- JBS Penang
- Hits: 21
Rakan Muda Anjur Program Plogging @ Komuniti Siri 3 Sempena Hari Cuci Malaysia 2025
- JBS Penang
- Hits: 21
Telok Kumbar, 27 September 2025 – Program Rakan Muda Plogging @ Komuniti Siri 3 Peringkat Daerah Barat Daya 2025 berjaya dilaksanakan hari ini bersempena sambutan Hari Cuci Malaysia Edisi Pulau Pinang 2025.
Bermula seawal jam 7.30 pagi di SMK Seri Bayu Telok Kumbar, hampir 50 peserta terdiri daripada remaja perdana Rakan Muda sekolah berkenaan bersama komuniti setempat berjalan kaki sambil mengutip sampah menuju ke Kampung Nelayan Telok Kumbar.
Aktiviti plogging yang menggabungkan riadah berjalan kaki dan aktiviti memungut sampah ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memupuk kesedaran sivik tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.
Program ini mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Kelab Senamrobik Bayan, SMK Seri Bayu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau, Jawatankuasa Surau Kampung Nelayan serta komuniti Kampung Nelayan sendiri.
Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Salim bin Omar, Pengerusi Surau An Nur Kampung Nelayan yang menyampaikan penghargaan kepada semua peserta dan rakan kerjasama. Beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa aktiviti sebegini penting untuk memupuk budaya sukarela dalam kalangan generasi muda serta mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat.
Program Plogging @ Komuniti ini turut menjadi platform mendidik masyarakat agar lebih prihatin terhadap isu kebersihan awam serta menjadikan gaya hidup aktif sebagai rutin harian.
#RakanMuda
#YakinBoleh
#Plogging@Komuniti
#PBSDBaratDaya
#JBSNBersama
#KampungNelayan
#HariCuciMalaysia2025
#EdisiPulauPinang
#SMKSeriBayu
#KelabSenamrobikBayan
#SurauAnNurKampungNelayan
#KelabBeliaSejahteraBalikPulau
#MBPP
