Majlis Penutup Kem Belia Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan 2025

Majlis Penutup Kem Belia Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan 2025  - Hari ini berlangsung dengan penuh meriah Majlis Penutup Kem Belia Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan 2025 setelah tiga hari program dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, pengisian ilmu, serta pembentukan jati diri belia.

Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat:

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Sani Bin Bakar
Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Dan Swasta

Yang Berusaha Encik Mohd Fairuz Bin Ismail
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan

Yang Berusaha Encik Abdul Hamid Bin Hj. Mohd Yassin
Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan

Yang Berusaha Puan Nur Viva Farah Syuhada Binti Akun
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negara

Turut hadir sama guru-guru pengiring, urusetia serta para peserta kem yang menjadi nadi kejayaan program ini.

Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan semangat yang dibina sepanjang kem ini akan terus subur dalam diri setiap peserta untuk menjadi belia yang berdaya saing, berwawasan dan berbakti kepada masyarakat.

#KemBeliaSPS2025 #MajlisPenutup #RakanMuda #kbsmalaysia #teampbsdsps

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search