Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2025

28 September 2025, UNITEN – Telah berlangsung kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2025. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang turut menghantar kontigen sukan mengambil bahagian dalam acara kejohanan sukan Bola Jaring, Sepaktrakraw dan Ping Pong.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Pn. Azura binti Abidin di Sports Arena @ UNITEN Kampus Putrajaya. Kejohanan yang telah berlangsung semenjak 26 September 2025 (Jumaat) telah memmpertaruhkan 4 jenis acara sukan iaitu bola jaring, sepak takraw, pingpong dan bola baling (Jemputan).

Kontigen sukan Negeri Pulau Pinang telah berjaya mara sehingga ke peringkat seperti berikut:
Bola Jaring – Penyertaan Peringkat Kumpulan
Ping pong – Peringkat Suku Akhir
Sepaktakraw – Peringkat Separuh Akhir (Tempat ke -3 Bersama)

Encik Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini selaku Penolong Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang merangkap ketua Kontigen telah membuat perkongsian kata -kata semangat dan meminta agar latihan dan prestasi atlet dapat dipertingkakan serta membuat persiapan demi menghadapi kejohanan akan datang.

Didoakan agar para atlet Negeri Pulau Pinang terus bersemangat dan maju pada masa hadapan.

#MalaysiaMadani
#MajulahSukanDemiNegara
#JBSNKomited
#JBSPULAUPINANG
#TaatSetia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search