- JBS Penang
- Hits: 22
Program Aktif Xpress Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025
- JBS Penang
- Hits: 22
Kepala Batas, 27 September 2025 – Program Aktif Xpress Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Al Farabbi, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dengan kerjasama Kelab Senamrobik Dinamik ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 100 peserta wanita berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Program dimulakan dengan Taklimat Program diikuti dengan aktiviti ice breaking bertajuk “Saya, Anda dan Kita Semua” yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Aktiviti ini bertujuan membina semangat kerjasama, komunikasi dan keakraban dalam kalangan peserta.
Seterusnya, peserta turut diberi pendedahan melalui slot Pendidikan Asas Kesihatan – Women & Healthy Lifestyle yang disampaikan oleh Dr. Hanif bin Ahmad, Pegawai Psikologi (Kaunseling). Beliau menekankan kepentingan gaya hidup sihat serta keseimbangan fizikal dan mental dalam kehidupan seharian.
Acara kemuncak program ini ialah Aktiviti Fizikal Kecergasan Wanita: Aktif dan Bertenaga yang dikendalikan oleh Kelab Senamrobik Dinamik. Aktiviti ini menekankan kepentingan kecergasan fizikal di samping memberi pengalaman riadah yang menyeronokkan dan bermanfaat kepada peserta.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh budaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal, serta memupuk keyakinan diri dalam kalangan wanita muda di daerah Seberang Perai Utara.
