Kem Belia @ Prihatin Daerah SPU

Batu Kurau, Perak, 25 Sept 2025 - Seramai 50 orang peserta telah menyertai Kem Belia @ Prihatin Daerah SPU yang dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di Mawaddah Resort, Chalet And Training Village.

Program ini bertujuan melahirkan belia yang berdaya saing, berpengetahuan dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat. Aktiviti utama termasuk ceramah motivasi, latihan kepimpinan berpasukan, dan sesi perkongsian bersama ikon belia.

Program diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Encik Mohamad Naim bin Kasin, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara. Turut hadir Encik Zairol dari Pejabat Pendidikan Daerah SPU, Puan Natrah Esa dari Pejabat Belia Daerah SPU dan Encik Zaid dari Mawaddah Resort, Chalet And Training Village.

Terima kasih kepada semua rakan strategik yang bekerjasama dalam menjayakan program ini terutamanya Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara dan Kelab Belia Inspirasi Seberang Perai.

Jumpa lagi di edisi akan datang.

Naim Kasin
Syatir Zulkefflie
MBD SPU
#beliaspu
#pbsdspu
#JBSNegara
#mbdspu

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search