17 Mei 2025 - FunWalk @ HBN Penang pagi ni memang happening habis! Lebih 700 peserta join, dari yang kecil sampai la yang otai. Suasana penuh dengan gelak tawa, semangat, dan tenaga positif. Jalan sambil selfie, sambil borak, sambil hirup udara segar โ semua enjoy! Terima kasih kepada yang datang support, korang memang terbaik. Jom teruskan gaya hidup sihat dan aktif macam ni, bukan untuk hari ni je, tapi setiap hari!โ #haribelianegara2025 #JBSNKomited #teamkbs #jbsnpp #yakinboleh #beliakita
Sungai Jawi, 19 Mei 2025 - Selesai sudah Kejohanan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Jawi pada 18 Mei 2025.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Abd Hamid bin Hj Mohd Yassin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan.
Sekalung penghargaan kepada Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PESSCA) PPD SPS diatas jalinan kerjasama yang baik bagi menjayakan Kejohanan ini.
Tahniah kepada semua pemenang :- ย Gempita A ย RMP SPS ย Gempita B ย Gempita C
Pasukan Gempita A Dan pasukan RMP SPS akan mewakili Daerah SPS ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang. TAHNIAH ย
Bukit Mertajam, 19 Mei 2025 - Padaย 15 Mei 2025 (Khamis) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Perdana, IKBN Bukit Mertajam telah berlangsung Ikrar Belia Malaysia yang dianjurkan olehย Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah.
Sungai Jawi, 3 Mei 2025 - Selesai sudah Kejohanan Bola jaring Liga Sukan Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan yang telah diadakan di SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang pads 03 Mei 2025.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En.Abd Hamid bin Hj Mohd Yassin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan bersama dengan Pn.Siti Fadilah Binti Osman, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid PPD SPS.
Sekalung penghargaan kepada Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PESSCA) PPD SPS diatas jalinan kerjasama yang baik bagi menjayakan Kejohanan ini.
Tahniah kepada semua pemenang :-
ย Pearl ย Seroja ย Nokhtah Lentara ย BK Elit
Pasukan Pearl Dan Seroja akan mewakili Daerah SPS ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang. TAHNIAH ย

KEPALA BATAS, 3 MEI 2025 โ Kejohanan Bola Jaring sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 telah berlangsung dengan jayanya, menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan hebat dari seluruh daerah. Pasukan Freedom telah berjaya merangkul gelaran Johan, setelah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. Tempat Naib Johan disandang oleh pasukan Silent , manakala tempat Ketiga Bersama dimenangi oleh pasukan Rilex dan Warrior P.N.C. Masing-masing menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Cik Natrah binti Esa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan menyatakan bahawa kejohanan ini merupakan platform penting dalam memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh perpaduan komuniti.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Seberang Perai Utara dan Kelab Bola Jaring Ultra serta sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk komuniti setempat. Ia bertujuan menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah, selain mencungkil bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi.
George Town, 15 Mei 2025 - Pada 25 FEB 2025, bertempat di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa(KITAB), Penang-Satu lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan diadakan bagi mengadakan Majlis Rakan Muda Ramadan peringkat Daerah Timur Laut 2025 di bilik mesyuarat Kolej Islam Teknologi Antarabangsa(KITAB),Penang.Lawatan ini diadakan bagi menyelaras susun atur dan persiapan tempat untuk majlis yang akan diadakan pada 10 Mac 2025 nanti.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut kini dalam usaha menjadi satu platform untuk menarik minat dan menggalakkan belia setempat menyertai program berbentuk kerohanian bagi untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak.Selain itu,program ini bertujuan untuk melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran alQuran dalam kehidupan seharian serta membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan. Sehubungan dengan itu,program ini untuk mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.
Turut hadir bersama Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Hj. Akob Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Komuniti), Ustazah Malyanah Solehah binti Mohamad Shukor (Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran), Ustaz Muhamad Faris bin Muhd Fadhil(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Ustazah Shaamilah binti Shahabuddin(wakil KITAB) bersama-sama dengan Encik Ebenezer A/L Victor Nimbalker (Pegawai Belia dan Sukan),ย Encik Mohamed Mahathir Bin Yahya Pembantu Belia dan Sukan) dan Puan Wan Syakilah Binti Wan Salim(wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut,Penang). ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย All reactions: 66 ย ย
Gelugor, 10 Mei 2025 โ Bertempat di KOMBES Pulau Pinang telah berlangsung Siri 1 : Program INSPIRE iTalent (SINERGI i-TALENT) ini merupakan pelan strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam melaksanakan Pembudayaan Sukan Untuk Semua melalui Teras II dalam RMK-11 iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat. Program ini diwujudkan sebagai langkah mencari bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan OKU, terutamanya bagi yang bercita-cita untuk menjadi atlet paralimpik negara. Program ini mula dilaksanakan pada 2014 oleh pihak KBS dengan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan sukan.
Antara objektif pelaksanaan program ialah mengenalpasti bakat asas keupayaan sukan bagi OKU, menggalakkan penglibatan OKU dalam aktiviti sukan, menghubungkan bakat yang dikenalpasti di peringkat akat umbi untuk diketengahkan ke peringkat prestasi tinggi. Seterusnya menyuntik semangat OKU untuk lebih aktif bersukan. Di samping mengenalpasti bakat baharu untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet para negara program ini juga dapat melahirkan golongan OKU yang cergas dan berani serta berkeyakinan untuk menyertai kejohanan.
Siri 1 dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 10 hingga 11 Mei 2025. Program dirasmikan olehย Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.ย Turut hadir Tuan Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.