- JBS Penang
- Hits: 48
Program Kembara Eksplorasi Merdeka Malaysia Aktif@Komuniti SPU 2025
- JBS Penang
- Hits: 48
Bukit Mertajam, 17 Ogos 2025 - Pada 14 Ogos 2025 telah berlangsung Program Kembara Eksplorasi Merdeka Malaysia Aktif@Komuniti SPU 2025 berlangsung meriah dengan penyertaan pendakian di Bukit Juru Trail, melibatkan cabaran 1,800 anak tangga. Program ini berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk wakil Kolej Komuniti Kepala Batas dan peserta individu.
Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara, Pn. Inderawati, bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU, Cik Natrah Esa, turut hadir memberikan sokongan padu. Turut memeriahkan acara ialah Jurulatih Rekreasi Luar, En. Azmansyah, yang berkongsi ilmu Asas Orienteering dan mengendalikan permainan interaktif di puncak.
Acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah mengeratkan hubungan komuniti serta mempromosikan gaya hidup sihat.
“Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan. Anda semua adalah juara.