- JBS Penang
- Hits: 43
Program Malaysia Aktif@Komuniti Daerah Seberang Perai Utara 2025 Siri 9
- JBS Penang
- Hits: 43
Kepala Batas, 17 Ogos 2025 - Program Malaysia Aktif@Komuniti Daerah Seberang Perai Utara 2025 Siri 9 telah berjaya dilaksanakan pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Kolej Jururawat Bertam. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat yang hadir bagi memeriahkan aktiviti kecergasan.
Acara senamrobik dikendalikan oleh Instruktur Kecergasan KBS, Pn. Idayu daripada Kelab Senamrobik Dinamik bersama-sama Instruktur Kecergasan KBS, Pn. Rafina dari Body Love Studio. Kedua-dua instruktur berjaya menceriakan suasana dengan rutin senamrobik yang bertenaga, sekaligus menyuntik semangat kesihatan dan gaya hidup aktif dalam kalangan peserta.
Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga memperkukuh semangat komuniti untuk sentiasa bersama-sama dalam aktiviti bermanfaat di peringkat daerah.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini! 🙌
#MalaysiaAktif
 #KomunitiSPU
 #GayaHidupAktif