Gelugor, 23 November 2024 - Bertempat di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada 23/11/2024 (Sabtu) telah berlangsung Majlis Pentauliahan Tahap Perak Dan Tahap Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Tahniah dan Syabas atas Kejayaan semua Peserta Perak dan Peserta Gangsa Negeri Pulau Pinang dan Badan Pemimpin masing- masing seperti Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi (KBCPT), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Pejabat Belia dan Sukan Barat Daya serta Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah menerima Penganugeraan dan Sijil Penghargaan Badan Operasi (B.O) daripada Yang Berhormat Tuan Daniel Gooi Zi Sen (EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang)
Majlis juga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Daniel Gooi Zi Sen (EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang), turut Hadir bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu Encik Mozakir Bin Buyong Mokthar dan Juga agensi-agensi lain. Selain daripada itu, Sekretariat Rakan Muda Universiti Sains Malaysia (SRM USM) bersama-sama untuk menjayakan Majlis Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan Tahniah dan Syabas atas kejayaan pencapaian Peserta Perak dan Peserta Gangsa Negeri Pulau Pinang
Team KBS #TeamJBSN #JBSNBersama #MalaysiaMadani #2TM #RakanMuda #ARPRM

Permatang Pauh, 27 November 2024 - Bertarikh 26 Oktober telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah, telah dilaksanakan bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE ) Permatang Pauh.
Seramai 71 orang peserta yang terdiri daripada penghuni dan kakitangan PAWE Permatang Pauh menyertai program ini.
Sesi senaman telah dikendalikan oleh instruktur kecergasan Puan Rohana bersama rakan-rakan dari Qasih Hana.
Program ini turut dijayakan bersama pihak KPDN Negeri Pulau Pinang dan juga LPPKN Kepala Batas.
Permatang Pauh, 17 NOVEMBER 2024 - Program Rakan Muzik: Rentak Seni ( Asas Boria) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah dilaksanakan sebanyak 3 siri, bermula pada 15 November hingga 26 November 2024 bertempat di IKTBN Bukit Mertajam.
Program telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari OMARA Production yang terdiri daripada Pengasas OMARA Production iaitu En Omar Bin Md Hashim bersama , Puan Nazreen Binti Md Noor dan Puan Nur Syafiqah Hanim Binti Anuar yang juga merupakan Jurulatih Boria, yang dikenali di Negeri Pulau Pinang.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini. Para peserta telah didedahkan dengan teknik mengubah lagu, tarian, sketsa, dan peranan sebagai sebagai sailor dan tukang karang. Hasil daripada tunjuk ajar dan sesi pembelajaran selama 3 hari , mereka berjaya mempersembahkan sebuah boria pada Majlis Penutup program tersebut.
Majlis Penutup program telah diadakan pada 17 November 2024 bertempat di Dewan Perdana iKTBN Bukit Mertajam. Encik Sahaipun Nizan Bin Ibrahim , Ketua Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bukit Mertajam turut hadir pada majlis tersebut.
10 NOVEMBER 2024-Kolej Vokasional Batu Lanchang "Skill For Life"@Parlimen Bukit Gelugor Aktiviti : Gubahan "Bouquet" & Napkin Art
Peserta yang menyertai program ini akan diberi seni asas lipatan napkin dimana kemahiran asas lipatan yang biasa tetapi dapat menghasilkan dekorasi meja makan yang sempurna terutamanya di dalam majlis-majlis rasmi.
Selain itu,peserta juga akan diterapkan asas membuat "bouquet" yang sebenarnya kemahiran yang mudah tetapi menjanjikan hasil yang lumayan..
Seramai 25 orang peserta lelaki telah menyertai program ini dan ini membuktikan asas seni melipat napkin dan mengubah bouquet bukan terlihat dari jantina tetapi bakat yang terpendam yang perlu diasah..
Bukit Mertajam, 09 November 2024 Skliis For Life @Parlimen Bukit Mertajam, Kursus Jahitan Sulaman Riben telah diadakan di Kolej Komuniti Bukit Mertajam.
Seramai 21 orang peserta telah menyertai kursus ini.
Program kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh, dan juga menggunakan khidmat tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Bukit Mertajam.
Kursus tersebut dikendalikan telah oleh Tenaga Pengajar Kolej Komuniti, Puan Zaini selaku Penyelaras Program dan Puan Sukinah pengajar kursus.
Batu Kawan, 09 November 2024- Program Plogging Komuniti Siri 4, Peringkat Daerah SPT telah diadakan di Pulau Aman.
Seramai 78 orang menyertai program ini, 45 orang terdiri daripada sukarelawan Rakan Muda dan selebihnya adalah orang Awam dan masyarakat komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersih dan mengutip sampah sarap di sekitar kawasan Pulau Aman.
Program adalah kerjasama bersama Penyelaras KEMAS Parlimen Batu Kawan.
Turut hadir bersama En Mohamed Farid Bin Razali , Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT dan Penyelaras KEMAS Parlimen Batu Kawan.
Bukit Mertajam, 1 November 2024 - Program Komuniti Siri 3 , Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah berlangsung di Up Cyle Park, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Seramai 40 peserta telah menyertai program Fun Walk, sambil mengutip sampah sarap di kawasan / laluan Fun Walk tersebut.
Program adalah anjuran bersama Kelab Olahraga Utara Runnaz.
Pelbagai aktiviti sukaneka dan cabutan bertuah turut dilaksanakan selepas aktiviti fun walk.