Majlis Perasmian Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025

Gelugor, 31 Julai 2025 – Bertarikh 29 Julai 2025 telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 bertempat di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan meneruskan pelaksanaan Projek Reben Kuning bagi tahun 2025 yang bertujuan memberi peluang kedua kepada prospek belia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun. Bagi Negeri Pulau Pinang menyasarkan penyertaan seramai 10 orang peserta.

Pelaksanaan projek ini adalah berkonsepkan "Place and Train" di mana peserta akan diberi pendedahan kepada latihan pembangunan diri dan seterusnya ditempatkan bekerja dalam industri selama tempoh enam (6) bulan. Pendekatan ini diharap dapat memberi impak jangka panjang terhadap pembentukan kerjaya dan kehidupan peserta program.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan Dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah YBrs PKK Tuan Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang, YBrs Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Lum Chia How, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), Encik Jimmy Hendrick anak Kijon, Pengurus PERKESO George Town mewakili Pengarah PERKESO Negeri Pulau Pinang  dan Puan Marina @ Ling Yi Wen,
Pengurus Aurora Pro Wash (Mewakili pihak majikan).

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search