- JBS Penang
- Hits: 69
SESI PERBINCANGAN DAN LAWATAN DARIPADA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG KE LOKASI PELAKSANAAN PROGRAM REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2024
Lawatan diketuai Puan Siti Rohani binti Ahmad (JSBN) bersama tujuh (7) orang pegawai (IKBN Naka) telah dibawa melawat ke lokasi program akan diadakan oleh PP Mahyuddin bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai diiringi Insp. Mohamad Mahfuz bin Abdulllah, Pegawai Program Pemulihan Insan.
Projek Reben Kuning 2024 merupakan satu Inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara yang bertujuan memberi peluang kedua kepada banduan belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney melalui program latihan pembangunan kemahiran bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Bagi Peringkat Negeri Pulau Pinang, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah akan menganjurkan Projek Reben Kuning pada 29 Julai hingga 1 Ogos 2024 bertempat di Penjara Seberang Perai melibatkan seramai 20 orang peserta.





- JBS Penang
- Hits: 69