- JBS Penang
- Hits: 30
Program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen Kepala Batas
- JBS Penang
- Hits: 30
Kepala Batas, 17 Ogos 2025 - Pada 9 Ogos 2025, telah dilaksanakan Program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen bagi Kepala Batas telah dilaksanakan hari ini di Dewan Al-Badawi, Permatang Bertam.
Program Rakan Mahir: Skills for Life merupakan program kemahiran berbentuk Do-It-Yourself. Dalam program kali ini, para peserta diajar kemahiran asas untuk membaiki telefon. Melalui program sebegini, secara tidak langsung juga dapat menggalakkan kemahiran keusahawanan melalui pembaikan gajet.
Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Bertam iaitu YB Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican. Turut hadir Puan Natrah Esa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dan saudara Helmi Juhari, Pengerusi JBPP Dun Bertam.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara ini dilaksanakan dengan kerjamsa Pusat Khidmat ADUN Bertam, Jawatankusa Belia Pulau Pinang (JBPP) Dun Bertam, Gerakan Belia 4B dan TG Expert Mobile.
#rakanmuda
#rakanmahir
#jbsnegara
#pbsdspu
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG
Reezal Merican Naina Merican