Lensa ?sekitar ketibaan dan kemeriahan sambutan dari pasukan tuan rumah Sarawak kepada pasukan Pulau Pinang..di Perkampungan sukan dan Lapangan Kapal Terbang Kuching..
Lensa ? Ketibaan Kumpulan Pertama di Kuching,Sarawak..

16 September 2024, Hari Malaysia.. Berlabuhnya tirai program.. Fit KOMUNITI ke-12... berlangsung di Amphitheatre Taman Belia, dengan kehadiran seramai 60 peserta pelbagai umur. Program yang dilaksanakan oleh Timur Laut Pbsdtl dgn kerjasama Kelab Senamrobik Mutiara dibawah pimpinan Puan Mak Wan mendapat sambutan yg menggalakkan
KEPALA BATAS, 13 Sept 2024 - Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para Pulau Pinang telah diadakan sempena Kem Latihan Akhir Kontinjen Para Pulau Pinang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.
Majlis Penyerahan Bendera telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Simbolik penyerahan bendera negeri diserahkan oleh YAB Ketua Menteri kepada YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan selaku CDM dan seterusnya kepada atlet Muhamad Amin bin Azmi yang merupakan pemegang bendera kontinjen.
Majlis diserikan dengan kehadiran En. Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Zakaria Taib, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang serta Dato’ Dr, GP Doraisamy, Naib Presiden PESRON Pulau Pinang.
Kontinjen Para Pulau Pinang terdiri daripada 83 orang atlet dan 49 orang pegawai. Sejumlah 328 acara dipertandingkan dan Pulau Pinang akan menyertai sejumlah 113 acara. Sasaran pingat adalah sejumlah 45 pingat iaitu 16 Emas, 12 Perak, 17 Gangsa.
JOMMM ‼️Kita gegarkan Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 ??????
Chow Kon Yeow 曹觀友 Daniel Gooi 魏子森 Penang State Sports Council
Balik Pulau, 9 September 2024 - Bertarikh 9 Sptember 2024, tamat sudah 3 hari 2 malam dimana berlangsungnya Kem Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang di White Resort Camp, Balik Pulau, Pulau Pinang yang telah berlangsung pada 6 hingga 9 September 2024.
Penyertaan seramai 60 orang terdiri daripada golongan belia berumur 16 hingga 30 tahun. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab golongan belia dalam pembangunan sesebuah masyarakat.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Pejabat Belia Daerah dan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
Kem Belia 2024 adalah kesinambungan program pembangunan jati diri seperti Kem Anak Muda (KAMU) dan Kem Belia Sejahtera (K-BEST), yang telah berhasil membentuk keyakinan diri di kalangan peserta. Objektif Kem Belia 2024 adalah untuk melahirkan belia yang sadar akan matlamat hidup dan tanggungjawab, meningkatkan kesedaran mengenai bahaya masalah sosial, memupuk sikap dan gaya hidup aktif, serta membuka peluang kepada belia untuk menceburi pelbagai bidang kemahiran, pekerjaan, dan aktiviti kesukarelawan.
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan menjadi inspirasi dalam membentuk belia yang seimbang dalam pemikiran, kerohanian, dan material.
YB Daniel Gooi, Exco Belia,Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang hadir meluangkan masa bersama para belia dan seterusnya merasmikan majlis penutup. Turut hadir, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial,KBS, En Uzaini Bin Mohd Sani, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, En Mohd Hafiz Ali Bin Mohd Anuar dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En Imran Syafik Bin Ahmad.
Bukit Mertajam, 9 September 2024 - Bertarikh 7 September 2024, Sabtu, telah berlangsung yang bertempat di RNJ Swimming Academy Georgetown, RNJ Swimming Academy Butterworth dan Alma Bukit Mertajam.
Penyertaan terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun di lokasi RNJ Swimming Academy Butterworth dan Alma manakala bagi RNJ Swimming Academy Georgetown peserta terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun keatas. Para peserta telah didedahkan dengan teknik asas berenang yang betul dan selamat dan membina keyakinan diri didalam air.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah. Program ini juga telah dijalankan dengan sokongan Persatuan Perenang dan Jurulatih Perenang Malaysia (MASWIM).
Terima kasih diucapkan kepada Decathlon Malaysia kerana menyokong dan menjayakan program KLAS Renang anjuran kementerian Belia dan Sukan Peringkat Negeri Pulau Pinang
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat mengurangkan kadar lemas dari kalangan kanak-kanak

Georgetown, 3 September 2024 - Pada 31 Ogos 2024 bertempat di Dataran Padang Kota Lama Georgetown, Pulau Pinang, seramai 40 sukarelawan telah mengambil bahagian dalam aktiviti berjalan kaki sambil kutip sampah 'Plogging Komuniti Siri 1, Peringkat Daerah Timur Laut 2024' bersempena dengan perarakan Sambutan Merdeka ke 67 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dataran Padang Kota Georgetown pagi tadi.
Dalam kemeriahan menyambut Merdeka, sikap bertanggungjawab dan cintakan kebersihan alam sekitar juga perlu diutamakan.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut ini juga mendapat kerjasama daripada Kelab Anak- anak Pulau Pinang.