Program Plogging @ Komuniti SPU Tahun 2025

TAsek Gelugor, 13 Jun 2025 - Pada 11 Jun 2025 (Rabu), Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor – Seramai 114 peserta Eco Nature Run 2025 telah turut serta menjayakan Program Plogging @ Komuniti SPU Tahun 2025.

Sepanjang laluan merentas desa yang indah ini, para peserta bukan sahaja berlari sejauh 6KM dalam suasana santai, tetapi juga menyantuni komuniti setempat dengan menyumbang khidmat kebersihan melalui aktiviti mengutip sampah.

Program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah menyemai nilai tanggungjawab sosial dan kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan belia. Terima kasih kepada semua anak muda yang terlibat – Yakin Boleh!

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search