- JBS Penang
- Hits: 77
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2025
- JBS Penang
- Hits: 77
Bukit Mertajam, 2 Julai 2025 - Pada 18 Jun 2025 bertempat di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh Dato’ Kamarul Haizal Bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, selaku Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah SPT Tahun 2025.
Program ini menjadi platform penting bagi suara dan aspirasi belia didengar secara langsung, sekaligus mengukuhkan peranan belia dalam pembangunan dasar dan komuniti. Kehadiran pelbagai wakil agensi kerajaan, NGO, dan pemimpin belia setempat mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa belia ke arah Malaysia MADANI.
Sebanyak 18 usul berkaitan pembangunan belia telah dibentang dan dihujahkan semasa sesi persidangan ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan majlis ini!
#MPBN2025
#BeliaSeberangPeraiTengah
#MalaysiaMADANI
#TeamKBS
#KBS
#JBSN
#IKBNBukitMertajam
#SuaraBelia