Pentanque Cabaran Siri Pertama 1000 Liga Peringkat Daerah Barat Daya 2025

Batu Maung, 4 Julai 2025 - Pada 14 Jun 2025, Sebanyak 50 peserta telah berentap pada hari ini dalam cabaran siri pertama 1000 Liga Peringkat Daerah Barat Daya 2025 iaitu sukan petanque. Bertempat di Arena Petanque SMK Batu Maung, semua peserta yang bertanding mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi merangkul kemenangan.

Hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah ialah En. Saiful Adli bin Sudin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Terima kasih kepada semua penyokong, barisan teknikal dan urus setia yang menjayakan kejohanan ini dari awal hingga akhir. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan SMK Batu Maung atas kerjasama bagi menyediakan venue bagi acara petanque 1000 Liga Peringkat Daerah Barat Daya.

Senarai Pemenang:
  JOHAN: Nur Erissya
  NAIB JOHAN: Asiah Zaini
  KETIGA : Afiq Ashraf

Untuk Sukan Kita !

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #1000liga #petanque

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search