BATU MAUNG, 13 Julai 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Kelab Kercergasan Lestari telah menganjurkan program Senamrobik Fit Komuniti @ Barat Daya bersempena Cultural Night Run 2024 bertempat di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Sesi pemanasan badan sebelum pelepasan larian telah dikendalikan sebaiknya oleh Kelab Kecergasan Lestari yang diketuai oleh Coach Rosli Wahab. Seramai 1,800 orang peserta larian daripada semua peringkat umur dan sebanyak tiga kategori larian memeriahkan edisi ketiga penganjuran Cultural Night Run 2024 iaitu 21 km Race, 12 km Race dan 5 km Cultural Run.
Turut serta memeriahkan sesi senamrobik ialah YB Daniel Gooi Zi Sen merangkap Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan juga Dato' Ir. Sazali bin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia.





- JBS Penang
- Hits: 163


















