- JBS Penang
- Hits: 109
Bengkel Kecergasan Pegawai Belia dan Sukan
- JBS Penang
- Hits: 109
Bukit Mertajam, 2 Disember 2024 - Bertarikh 29 November hingga 01 Disember 2024 telah berlansung Bengkel Kecergasan Pegawai Belia dan Sukan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara di Hotel Ixora,Prai,Pulau Pinang.
Seminar yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh pelbagai Pegawai Belia dan Sukan seluruh Malaysia..Program ini merupakan inisiatif JBSN di dalam membudayakan sukan dan gaya hidup aktif termasuklah dalam kalangan pengurusan kanan jabatan .
Pelbagai pengisian telah berlangsung sepanjang program antaranya:
✅ : Perkongsian Ilmu, Maklumat dan Pengalaman daripada panel bertauliah.
✅ : Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
✅ : Latihan Perubatan dan Kecederaan Sukan
Cik Yeoh Yin Yin, Pegawai khas Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, hadir menyempurnakan Majlis Penutup Majlis Bengkel Kecergasan Pegawai Belia dan Sukan 2024. Program seperti ini diharapkan menjadi satu platform untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dan Kekuatan fizikal dan Mental Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan seluruh negara..
#TeamKBS
#TeamJBSNPP #JBSNBersama #MalaysiaMADANI