HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2024

BUKIT BENDERA AYER ITAM, 7 Disember 2024 - Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia bertujuan menyemarakkan lagi Sambutan Hari Sukarelawanan Antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember setiap tahun. selaras dengan itu, HKBM diwujudkan untuk menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh sukarelawanan kepada negara dan Masyarakat.

Program Sambutan HKBM Peringkat Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Daniel Gooi Zi Sen (EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang), turut Hadir bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu Encik Mozakir Bin Buyong Mokthar dan En. Muhamad Danish,Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bukit endera,YB Puan Syerleena. Selain daripada itu, Kehadiran Sukarelawan yang hadir pada hari tersebut seramai 150 org dari golongan Belia-belia Sukarelawanan Negeri Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan seusai tiba di puncak Bukit Bendera adalah seperti pembersihan di kawasan tumpuan pelancong serta aktiviti permainan bagi sukarelawan.

Dan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang ini adalah acara sambutan bagi menghargai sukarelawan-sukarelawan belia Pulau Pinang yang senantiasa menyokong dan sentiasa bersedia menyumbangkan tenaga di dalam aktiviti kesukarelawanan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAYC Negeri Pulau Pinang,Penang Youth Development Development Corporation (PYDC),Perbadanan Bukit Bendera,Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera dan juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan sambutan ini. Berjumpa lagi kita di tahun hadapan. Rakan Muda! Yakin Boleh!


Team KBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#2TM
#RakanMuda
#ARPRM

 

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search