- JBS Penang
- Hits: 25
Program Rakan Muda Plogging @ Komuniti Siri 1 Peringkat Daerah Barat Daya 2025
- JBS Penang
- Hits: 25
Balik Pulau, 17 Ogos 2025 - Pada 16 Ogos 2025, Program Rakan Muda Plogging @ Komuniti Siri 1 Peringkat Daerah Barat Daya 2025 telah berlangsung meriah di Taman Pondok Upeh, melibatkan penyertaan seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya ini bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan belia mengenai kepentingan gaya hidup sihat serta tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. Aktiviti utama berbentuk plogging iaitu gabungan larian santai sambil mengutip sampah berjaya memberi pengalaman baharu kepada para pelajar.
Sepanjang program, para peserta mengambil bahagian dalam aktiviti pemanasan badan, larian plogging di sekitar taman, serta sesi taklimat ringkas mengenai kepentingan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Hasil kutipan sisa daripada aktiviti tersebut dikumpul dan dihantar ke pusat kitar semula sebagai langkah sokongan terhadap kelestarian hijau.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan pihak sekolah atas sokongan terhadap usaha memupuk budaya sihat dalam komuniti.
“Program seperti ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada belia tentang kebersihan persekitaran, malah mampu menggalakkan gaya hidup aktif dan membina semangat sukarelawan dalam kalangan generasi muda,” katanya semasa berucap menutup program tersebut.
Program Rakan Muda Plogging @ Komuniti Siri 1 ini dijangka menjadi pemangkin kepada penganjuran siri-siri seterusnya di daerah Barat Daya sepanjang tahun 2025, dengan harapan dapat melibatkan lebih ramai belia dan komuniti setempat dalam aktiviti sihat serta mesra alam.
#RakanMuda
#PloggingKomuniti
#YakinBoleh
#TeamPBSDBaratDaya
#MalaysiaMADANI
#JBSNBersama
#KBSMalaysia