Program Rakan Muda Skills For Life " Parlimen Bayan Baru Beri Pendedahan Kemahiran Asas Masakan

BALIK PULAU, 17 Ogos 2025 - Pada 14 Ogos 2025, Seramai 20 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Maung telah menyertai Program Rakan Muda Skill for Life @ Parlimen Bayan Baru yang berlangsung di Pusat GiatMARA Balik Pulau, hari ini.

Program anjuran bersama Unit Pembangunan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, Pejabat Parlimen Bayan Baru, Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau serta GiatMARA ini memberi fokus kepada pendedahan kemahiran asas masakan khususnya bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam bidang kulinari.

Program ini dilaksanakan bagi memperkasakan golongan belia dengan kemahiran praktikal yang mampu meningkatkan kebolehpasaran mereka pada masa hadapan disamping membekalkan ilmu asas dan kemahiran untuk remaja agar boleh menjana pendapatan sendiri apabila bergelar usahawan nanti.

Sepanjang sesi latihan, para peserta didedahkan kepada teknik asas penyediaan hidangan, kawalan kualiti makanan, pengurusan dapur, serta pengenalan kepada strategi memulakan perniagaan makanan.

Seorang peserta, Alya Masturina binti Saifful Rijal, 16, melahirkan rasa teruja kerana dapat mempelajari kemahiran baharu.

“Saya bercita-cita untuk membuka perniagaan makanan sendiri suatu hari nanti. Program ini memberi saya keyakinan untuk memulakan langkah awal,” ujarnya.

Program sehari ini dijangka dapat membuka peluang lebih luas kepada para belia di kawasan Bayan Baru untuk menceburi bidang keusahawanan. Ia juga selaras dengan matlamat Rakan Muda Skill for Life yang menekankan aspek pembangunan diri melalui penguasaan kemahiran praktikal.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya diiringi wakil daripada Pusat GiatMARA Balik Pulau dan wakil SMK Batu Maung.

#RakanMahir 
#asasmasakan 
#rakanmuda 
#skillforlife 
#giatmarabalikpulau 
#kelabbeliasejahterabalikpulau 
#smkbatumaung
#KBSMalaysia 
#MalaysiaMadani 
#JBSNBersama

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search