Malaysia Aktif @ komuniti siri ke-10 di Daerah Timur Laut

George Town, 26 Ogos 2025 - Program Kecergasan Jabatan Audit Negara (JAN) 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Program ini menghimpunkan lebih 1,000 warga JAN dari seluruh negara melalui penyertaan mengikut lima zon iaitu Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Borneo. PBSD Timur Laut berkolaborasi memeriahkan suasana melalui program Malaysia Aktif @ komuniti siri ke-10 dengan memperkenalkan aktiviti kecergasan senamrobik kepada peserta.
Sepanjang penganjuran, pelbagai acara sukan dipertandingkan melibatkan 13 kategori termasuk bola sepak, bola jaring, badminton, ping pong, sepak takraw, bola tampar lelaki dan wanita, dart, catur, karom serta tenpin boling (lelaki, wanita dan veteran).
Majlis Perasmian Program Kecergasan JAN 2025 telah dirasmikan oleh Dato Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi selaku Ketua Juruadit Negara. Majlis turut diserikan dengan sesi kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang melambangkan semangat patriotisme serta kebersamaan warga JAN.
Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh semangat kebersamaan, disiplin serta kerjasama erat dalam kalangan warga jabatan.
Semoga kejayaan dan semangat yang dipupuk sepanjang program ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kecergasan Jabatan Audit Negara.
Terima kasih diucapkan kepada instruktor kecergasan Kelab Senamrobik Mutiara atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan agenda ini.
Majulah sukan demi Negara
#MalaysiaMadani 
#JBSNBersama 
#MalaysiaAktif 
#jbsnpp 
#TaatSetia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search