- JBS Penang
- Hits: 24
Lawatan Tapak Dan Mesyuarat Penyelarasan Program plogging @Komuniti Siri 2
- JBS Penang
- Hits: 24
Bukit Bendera, 15 Ogos 2025 - Pada 31 Julai 2025, satu sesi lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan bagi pelaksanaan Program @Komuniti Siri 2 telah diadakan pada 31 Julai 2025 bertempat di Perbadanan Bukit Bendera. Lawatan ini bertujuan untuk menyelaras keperluan logistik, pengurusan lokasi serta mendapatkan maklum balas daripada pihak tuan rumah bagi memastikan kelancaran program yang bakal diadakan.
Antara pegawai dan wakil yang hadir adalah En. Ebenezer Al Victor Nimbalker – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut
En. Mohd Ibrahim Bin Yussop – Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Puan Wan Syakilah Binti Wan Salim – Pembantu Belia dan Sukan Daerah Timur Laut, En. Md Fauzi Bin Md Latip – Wakil Persatuan 4B Kawasan Tanjung, Nurul Aina Amirah Binti Mohd Fauzi – Pembantu Komunikasi Korporat, Bahagian Khidmat Pengurusan Korporat, Penang Hill.
Hasil perbincangan menyentuh aspek pelaksanaan program seperti lokasi aktiviti, penyediaan logistik, keperluan teknikal serta pengurusan peserta. Pihak Penang Hill memberi kerjasama yang baik dan menyatakan komitmen dalam membantu menjayakan program ini.
#Rakanmuda
#Plogging
#JBSNKomited
#MADANIBekerja
#pbsdtimurlaut
#MalaysiaMadani
#KitaSemuaTeamMAS
#DemiMalaysia
See translation