- JBS Penang
- Hits: 97
Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Negeri Pulau Pinang
- JBS Penang
- Hits: 97
Bukit Mertajam, 15 Mac 2025 (Sabtu) - Bertempat di Masjid Jamek Sungai Rambai, Bukit Mertajam.
YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen hadir menyempurnakan Majlis Penutup Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada hari ini
Program yang diadakan di Masjid Sungai Jamek Bukit Mertajam melibatkan pelbagai pengisian termasuklah pertandingan hafazan, pertandingan azan, dan khatam Al-Quran.
YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Hafazan Kategori Lelaki dan Perempuan, Azan dan Iqomah serta menyampaikan Sijil Penghangaan kepada Pengerusi Masjid Jamek Sungai Rambai, Bukit Mertajam, dan juga berbuka puasa bersama masyarakat Setempat.
Turut hadir dalam Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025M | 1446H iaitu En Mozakir Bin Buyong Mokhtar (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang)
YBhg Datuk Musa Sheikh Fadzir, (Pengerusi GIATMARA Malaysia, Tuan Haji Hafiz Bin Haji Abdul Wahid (Pengerusi Masjid Jamek Sungai Rambai, Bukit Mertajam) , En Hilmi Bin Elias (Ahli Lembaga Pengarah Perda) , RTM Pulau Pinang dan Ketua-ketua jabatan serta Agensi-agensi terlibat turut menjayakan program ini.
Kemuncak kepada program ini adalah pelaksanaan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 20 Mac 2025 (Khamis) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras
Dengan adanya Program seperti ini akan dapat Mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang
#KBS
#JBSN
#JBSNPP
#RAKANMUDA
#RAKANEKSPRESI