LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT PENYELARASAN BAGI PROGRAM RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 2025

George Town, 15 Mei 2025 - Pada 25 FEB 2025, bertempat di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa(KITAB), Penang-Satu lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan diadakan bagi mengadakan Majlis Rakan Muda Ramadan peringkat Daerah Timur Laut 2025 di bilik mesyuarat Kolej Islam Teknologi Antarabangsa(KITAB),Penang.Lawatan ini diadakan bagi menyelaras susun atur dan persiapan tempat untuk majlis yang akan diadakan pada 10 Mac 2025 nanti.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut kini dalam usaha menjadi satu platform untuk menarik minat dan menggalakkan belia setempat menyertai program berbentuk kerohanian bagi untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak.Selain itu,program ini bertujuan untuk melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran alQuran dalam kehidupan seharian serta membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan. Sehubungan dengan itu,program ini untuk mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.

Turut hadir bersama Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Hj. Akob Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Komuniti),
Ustazah Malyanah Solehah binti Mohamad Shukor (Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran), Ustaz Muhamad Faris bin Muhd Fadhil(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Ustazah Shaamilah binti Shahabuddin(wakil KITAB) bersama-sama dengan Encik Ebenezer A/L Victor Nimbalker (Pegawai Belia dan Sukan), Encik Mohamed Mahathir Bin Yahya Pembantu Belia dan Sukan) dan Puan Wan Syakilah Binti Wan Salim(wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut,Penang).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
All reactions:
66
 
 

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search