LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA 2025

KEPALA BATAS, 3 MEI 2025 — Kejohanan Bola Jaring sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 telah berlangsung dengan jayanya, menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan hebat dari seluruh daerah. Pasukan Freedom telah berjaya merangkul gelaran Johan, setelah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. Tempat Naib Johan disandang oleh pasukan Silent , manakala tempat Ketiga Bersama dimenangi oleh pasukan Rilex dan Warrior P.N.C. Masing-masing menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Cik Natrah binti Esa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan menyatakan bahawa kejohanan ini merupakan platform penting dalam memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh perpaduan komuniti.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Seberang Perai Utara dan Kelab Bola Jaring Ultra serta sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk komuniti setempat. Ia bertujuan menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah, selain mencungkil bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi.

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search