- JBS Penang
- Hits: 181
SIRI 1 : PROGRAM INSPIRE ITALENT (SINERGI I-TALENT) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
- JBS Penang
- Hits: 181
Gelugor, 10 Mei 2025 – Bertempat di KOMBES Pulau Pinang telah berlangsung Siri 1 : Program INSPIRE iTalent (SINERGI i-TALENT) ini merupakan pelan strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam melaksanakan Pembudayaan Sukan Untuk Semua melalui Teras II dalam RMK-11 iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat. Program ini diwujudkan sebagai langkah mencari bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan OKU, terutamanya bagi yang bercita-cita untuk menjadi atlet paralimpik negara. Program ini mula dilaksanakan pada 2014 oleh pihak KBS dengan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan sukan.
Antara objektif pelaksanaan program ialah mengenalpasti bakat asas keupayaan sukan bagi OKU, menggalakkan penglibatan OKU dalam aktiviti sukan, menghubungkan bakat yang dikenalpasti di peringkat akat umbi untuk diketengahkan ke peringkat prestasi tinggi. Seterusnya menyuntik semangat OKU untuk lebih aktif bersukan. Di samping mengenalpasti bakat baharu untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet para negara program ini juga dapat melahirkan golongan OKU yang cergas dan berani serta berkeyakinan untuk menyertai kejohanan.
Siri 1 dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 10 hingga 11 Mei 2025. Program dirasmikan oleh Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir Tuan Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.