SIK KEDAH, 27 OKTOBER 2020 – Program gotong royong memasang paip air masyarakat untuk kemudahan penduduk kampung telahpun diadakan pada 24 Oktober 2020 (Sabtu) yang lalu bertempat di Kampung Charuk Damar, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program anjuran Pejabat ADUN Belantek turut disertai seramai 20 orang anak muda belia dari kampung tersebut bagi membersihkan kawasan dan seterusnya memasang paip air masyarakat.
Kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Utara turut berada bagi memantau pelaksanaan program berkenaan. Persatuan Belia Sepakat Kampung Charuk Damar, Sik turut sama menggerakkan ahli persatuannya.
Hadir di program ini YB. Dato’ Suraya Binti Yaacob, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah. Hadir bersama YB. Tn. Hj. Md. Isa Bin Shafie, ADUN Belantek. Turut hadir Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 547
