BALING, 4 NOVEMBER 2020 – Satu pemantauan berkala terhadap kerja-kerja naiktaraf Kompleks Rakan Muda Baling telah dilakukan untuk melihat perkembangan kerja-kerja naiktaraf yang telah dilakukan dari masa ke semasa .
Pegawai KRM Baling yang telah melakukan lawatan dan pemantauan pada hari ini melaporkan bahawa kerja-kerja naiktaraf yang sedang dilakukan di kawasan gelanggang sukan berada di fasa menggali tanah untuk membina tapak tiang gelanggang sukan berbumbung yang baru pada hari ini .
Kerja-kerja naiktaraf Kompleks Rakan Muda Baling dijangka siap pada tahun 2021 .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 626
