KUALA NERANG KEDAH, 12 NOVEMBER 2020 – Satu perbincangan telah diadakan oleh Kelab Bolasepak KN Kiara dengan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En Mohd Farizan Bin Mat Arshad. Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Belia dan Sukan untuk program-program pembangunan bola sepak yang dirangka oleh Kelab Bola Sepak KN Kiara.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
KUALA NERANG KEDAH, 12 NOVEMBER 2020 – Satu sesi santai telah diadakan oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Padang Terap, En. Muhamad Jasnizam Bin Mohamad Husni kepada Pegawai Belia dan Sukan, En Mohd Farizan Bin Mat Arshad untuk membincangkan hal tuju dan transformasi untuk belia-belia Padang Terap. Selain itu perbincangan juga menyentuh berkenaan program-program yang akan dilaksanakan pada masa hadapan serta mencari intipati untuk menarik belia-belia Padang Terap untuk menyertai persatuan-persatuan belia. Semoga sesi dapat menghasilkan satu input yang berguna untuk belia-belia di daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
KUALA NERANG KEDAH, 11 NOVEMBER 2020 – Satu perbincangan telah diadakan oleh Pemimpin Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lubuk Merbau iaitu En Amirul Bin Abdul Hamid dengan Pegawai Belia dan sukan Daerah Padang Terap, En Mohd Farizan Bin Mat Arshad. Perbincangan berkaitan program-program yang akan dilakukan untuk peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Selain itu perbincangan juga bertujuan untuk menentukan hala tuju Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di sekolah berkenaan.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
NAKA KEDAH, 11 NOVEMBER 2020 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En Mohd Farizan Bin Mat Arshad menyertai lawatan Pejabat MARA daerah Padang Terap yang diketuai oleh Pegawainya, Pn. Zaharah ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka. Lawatan ini bertujuan untuk melihat peluang dan program-program yang dapat dilaksanakan bersama untuk pembangunan daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
KUALA NERANG KEDAH, 11 NOVEMBER 2020 – Satu kunjung hormat telah diadakan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah iaitu En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad kepada Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang, Pn. Ani Mardiah Binti Azmin di pejabat beliau. Kunjung hormat ini bertujuan membincangkan peranan dan peluang kerjasama serta program-program di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah dengan Kolej Mara Kuala Nerang. Turut Hadir bersama ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, En Mohamad Shukur Bin Yusuf.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
PENDANG, KEDAH, 8 NOVEMBER 2020 – Program Berselawat Sempena Sambutan Maulidul Rasul 1442 Hijrah telah diadakan pada 4 November 2020 bertempat di Perkarangan Dewan Terbuka Taman Seri Pendang. Program anjuran Persatuan Pendudukan dengan kerjasama Tabika KEMAS berlangsung dengan meriah.
Selain penduduk setempat program ini dihadiri oleh belia-belia sekitar dan anak-anak maahad tahfiz. Pengisian program ini adalah ceramah mengenai junjungan besar kita Rasullah S.A.W yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pejabat Agama Daerah Pendang. Selain itu juga program ini diisi dengan selawat oleh anak-anak kecil Tabika Kemas bersama anak-anak Maahad Tahfiz.
Program ini meningatkan kembali kita kepada perjuangan junjungan besar kita Nabi Muhammad,Rasullah S.A.W. Peserta yang hadir sekitar 50 orang.
DISEDIAKAN OLEH : HARNANI BINTI HARUN (PBSD PENDANG)
PENDANG, KEDAH, 8 NOVEMBER 2020 – Program Jom Derma Darah Daerah Pendang 4.0 anjuran Kelab Xtreme Adventure Club dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah telah berlangsung dengan jayanya. Program tersebut bertujuan memberi peluang kepada penderma-penderma untuk menderma darah kepad ayang memerlukan.
Program bermula seawal 9.00 pagi sehingga 4.00 petang dengan mensasarkan seramai 50 orang penderma bertempat di Dewan Cenderawasih, Pekan Pendang. Program ini adalah kali ke 4 telah dilaksanakan pada tahun ini.
Menurut wakil penganjur diharapkan akan ada lagi Ngo-ngo yang akan menganjurkan program seperti ini di Daerah Pendang. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat Pendang yang sudi hadir bagi menderma darah.
DISEDIAKAN OLEH : HARNANI BINTI HARUN (PBSD PENDANG)
BALING, 4 NOVEMBER 2020 – Satu Majlis Jasamu Dikenang Budimu Dituai telah diadakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling bertempat di Dewan PULAPAU Baling, Kedah .
Majlis yang diadakan untuk meraikan pertukaran pegawai APM Daerah Baling , Leftenan Mohd Faizol Bin Ab.Aziz yang akan bertukar ke negeri Perak pada 17 November 2020 . Majlis tersebut turut dihadiri oleh mantan Pegawai Daerah Baling, Ybhg.Kol.Bersekutu (PA) Datuk Md. Shuhaime Bin Abdul Rahman. Majlis yang diadakan secara ringkas ini berlangsung selama dua jam dengan menyaksikan penyampaian hadiah kenang-kenangan di akhir upacara majlis dan turut meraikan kedatangan pegawai APM daerah Baling yang baru, Leftenan Mohd Dzulhaidy Bin Khalil .
Turut hadir ialah Lt. Kol (PA) Mohd Bukhori Bin Mat Sidik, Komandan PULAPAU Baling, Pn.Maizatul Akmam Binti Adam, Pegawai PBSD Baling, Penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua jabatan daerah Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
KUALA MUDA, 4 NOVEMBER 2020 - Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Aimst Universiti bersama En Sadhis Kumar penyelaras bahagian hal ehwal pelajar. Pelbagai program dibincangkan bagi memenuhi tuntutan objektif di kedua dua pihak.
Selain pada itu, pihak Aimst turut berbesar hati memberi peluang pihak pbsd dalam meninjau fasiliti sukan yang ada di dalam kampus mereka sebagai harapan dan pandangan agar pelbagai program dapat dilaksanakan disini dengan menggunakan kemudahan yang ada.
DISEDIAKANOLEH: MOHD ABDUL AL ALIFF BIN HJ JENAL (PBSD KUALA MUDA)