- JBS Kedah
- Hits: 672
KUNJUNG HORMAT PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH KUBANG PASU KE ATAS KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU
KUBANG PASU KEDAH, 30 NOVEMBER 2020 – Menyedari bahawa usaha bagi membangunkan personaliti para belia yang bersahsiah tinggi dan berjiwa pekerti murni adalah bertitik tolak daripada keupayaan melibatkan mereka dalam program-program berbentuk kesukarelaan serta mengandungi elemen pengukuhan jati diri, ilmu dan kemahiran.
Pihak PBSD Kubang Pasu telah mengambil inisiatif berjumpa dan berbincang tentang kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu. Fokus perbincangan adalah bagi menjayakan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Tuan Haji Mahadhir Bin Ismail selaku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu menyatakan kesudian dan komitmen untuk menyelaras dengan 25 buah sekolah menengah seluruh daerah Kubang Pasu bagi menjayakan Program ini.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI (PBSD KUBANG PASU)
- JBS Kedah
- Hits: 672
